Friendly Dibatalkan, Malaysia lawan Selangor.

Perlawanan persahabatan antarabangsa melibatkan Harimau Malaya menentang Oman terpaksa dibatalkan kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.



Menurut laporan dari laman sukan WawanFaiz.Com, Perlawanan sepatutnya diadakan di Oman pada 8-10 Ogos tetapi tidak dapat diadakan dan kemungkinan ditunda kepada satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Sebagai ganti, Gergasi Merah bakal menjadi rakan pemanas badan kepada anak didik K. Rajagobal sebelum turun perlawanan persahabatan seterusnya menentang Indonesia.

Sementara itu, permbatalan perlawanan persahabatan melibatkan dua pasukan ini menjadi tumpuan peminat akan kegagalan sekali lagi pihak Persatuan Bola Sepak Negara (FAM) mengadakan perlawanan bertaraf antarabangsa.

Walaupun mungkin kerana tiada kesudian atau sebab lain dari pihak lawan, ternyata kebanyakan pasukan yang akan di lawan Malaysia boleh sewenang-wenangnya membatalkan perlawanan ketika para pemain negara sudah dipanggil sertai sesi latihan.

Jika berterusan, skuad Kebangsaan akan terus terpinggir dari segi pungutan mata dan kemungkinan terus jatuh merudum dari senarai kedudukan semasa rangking FIFA. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: