TRW 2012 - Mampukah Mereka Bersaing Dalam AFC.

Dengan kualiti yang ada, tidak dinafikan Kelantan boleh merajai Liga Malaysia sekali lagi pada tahun 2012 tetapi mampukah mereka bersaing dalam kancah AFC dengan skuad sedia ada.


Tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mencanang rekrut pemain bintang dalam The Red Warriors musim depan menimbulkan kritikan dari segelintir pihak yang mahukan pihak persatuan mengekalkan pemain sedia ada.

Ikhlas hati dan terus terang, Kelantan tidak mampu bersaing di peringkat Asia jika menggunakan skuad yang ada. Kualiti setiap pasukan yang berada pada saingan tersebut sudah bertaraf tinggi dan hanya memalukan negeri Kelantan sahaja andai mereka hadir dengan skuad ketika ini.

Bukan meremehkan tetapi itulah maksud tersirat Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa ketika mengumumkan tetap mahu mengambil import luar andai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak membenarkan pemain Import dalam Liga Malaysia.

Ya, Tan Sri Presiden KAFA tahu, tanpa pemain luar lain diserap masuk kedalam pasukan Kelantan, mereka tidak mampu bersaing dan akan menjadi pasukan belasahan kepada pihak lawan nanti.

Itu yang KAFA geruni bukan permintaan para peminat untuk melihat anak tempatan sahaja bermain dalam kesebelasan utama The Red Warriors. Lihat contoh Kedah dan Selangor, mereka dapat layak ke suku akhir Piala AFC suatu ketika dahulu dengan menggunakan pemain mana.

Adakah KAFA sanggup menahan malu dibelasah pihak lawan di peringkat Asia?

Cadangan para penyokong untuk melihat beberapa pemain Liga Presiden bermain dalam skuad Kelantan dilihat baik dari segi perlawanan domestik tetapi bila turun di pentas antarabangsa, adakah mereka sesuai. Sudah tentu tidak. Barisan kejurulatihan pasti tidak sanggup mengambil risiko yang mungkin menyebabkan Kelantan dikenakan pengajaran teruk oleh pasukan lawan.

Hasrat Super Warriors dilahirkan Tan Sri Presiden KAFA baru-baru ini dilihat sebagai persediaan awal The Red Warriors untuk bersaing secara sihat dalam kancah bola sepak Asia. RedsfcNews memuji KAFA jika mereka benar-benar mahu mencipta skuad Super untuk mewakili Sang Kijang pada musim depan.

Kita mahukan skuad mantap yang mampu bersaing bukan hadir selaku pelengkap perlawanan peringkat kumpulan. Kita juga mahu perlawanan yang disertai Kelantan nanti tidak menunjukkan jurang jauh dengan pasukan berpengalaman Asean lain dan kita berharap kita mampu pergi jauh setapak mencipta sejarah baru menjadi pasukan Malaysia pertama mencecah tempat separuh akhir atau final.

Itu yang perlu kita lihat buat Kelantan bukan berbicara semata-mata orang lain berbicara pasal sukan bola sepakan negeri. Tidak salah mengutarakan pandangan tetapi lihat pada situasi yang perlu TRW hadapi. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

2 ulasan:

Mohd Ridzuan Razali said...

TSAM adalah seorang arkitek bola sepak. Beliau serba arif dalam merencanakan pembentukan sebuah skuad yang mantap. Sekiranya beliau diberi peluang untuk menjadi presiden FAM, saya yakin FAM akan mengalami suatu tranformasi dan pasukan Malaysia mampu pergi jauh dalam arena bola sepak antarabangsa. Semoga Kelantan terus berjaya dan tiada anasir2 luar yang menganggu perjalanan pasukan kesayangan dan kebanggaan rakyat Kelantan.

Yusri said...

Betul tu bro, TSAM merupakan salah seorang yang mampu mereformasikan pentadbiran FAM. Jika diberi peluang InsyaAllah FAM mampu pergi lebih jauh..