Kelantan, T-Team Terus Permusuhan.


Kelantan meneruskan persiapan sempena Piala Malaysia 2011 apabila dijangka menentang Terengganu T-Team di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam esok.


Tiga perlawanan telah dilalui setakat ini dimana Sang Kijang berjaya menewaskan tiga pasukan dalam siri jelajah Lembah Klang.

Perlawanan dengan T-Team begitu dinantikan para penyokong kerana sepanjang musim 2011, Kelantan masih gagal menewaskan kelab tersebut secara menyeluruh.

Hanya menang sekali dengan penentuan penalti pusingan pertama Piala FA, The Red Warriors memerlukan kemenangan keatas lawan dari Kuala Terengganu itu untuk menaikkan moral pemain sebelum bertandang ke Songkla, 27 Ogos nanti.

Selain kekalahan dalam saingan Liga Super, perlawanan persahabatan ini turut bakal dijadikan kayu pengukur sama ada kedua-dua pasukan sudah bersiap sedia untuk turun perlawanan pertama kejohanan paling berprestij di Malaysia selepas Hari Raya.

Untuk rekod, permusuhan Kelantan dan T-Team bermula pada awal musim tempoh hari selepas tiga tonggak Sang Kijang bertindak menyertai pasukan lawan.

Selepas diselebungi kontroversi, aksi dua pasukan ini sering kali panas sama ada permainan diatas padang ataupun kelibat penyokong di luar padang.

Justeru itu, perlawanan yang diatur di Kota Bharu menjadi sangat penting buat kedua-dua pasukan. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 ulasan:

Anonymous said...

mene TRW. walau persahabatan, pemain keno main molek. palim petim jange injured...