Pengalaman Berguna Aris, Nik Shahrul Azim.


Dua pemain muda, Mohamad Aris Zaidi dan Nik Shahrul Azim mendapat pengalaman berguna apabila diturunkan dalam dua perlawanan persahabatan Kelantan di Lembah Klang.


Pemain tonggak yang membantu President Warriors muncul juara peringkat simpanan baru-baru ini bukan sahaja diberi peluang malahan menambahkan lagi keyakinan mereka untuk merebut tempat dalam skuad senior pada masa depan.

Nik Shahrul Azim diberi tanggungjawab pertahanan pada babak kedua kedua-dua perlawanan bertindak cemerlang mempertahankan pintu gol dari dibolosi jentera serangan Selangor dan Kuala Lumpur.

Manakala Aris pula walaupun masih gagal menemui sentuhan penyudah di peringkat senior tetap diberi pujian tinggi kerana mengenepikan perasaan gemuruh untuk mempamerkan aksi baik ketika diturunkan.

Nyata peluang yang diberikan pengendali Kelantan kepada mereka digunakan sebaik mungkin.

Masih ada satu perlawanan persahabatan akan dilalui Sang Kijang di Ibu Kota sebelum pulang ke Kota Bharu dan kita harapkan mereka berdua terus diberi peluang beraksi dalam kesebelasan pasukan Kelantan.

Siapa tahu, mereka berdua mungkin menjadi tonggak pasukan pada masa akan datang jika terus diberi pendedahan dengan perlawanan berprofil tinggi. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 ulasan:

Sepakbola said...

kenapa Aris zaidi di lupakan.? kenapa tidak diberikan peluang untuk beraksi dalam pasukan utama kelantan?