Persahabatan Antarabangsa: Norhafiz, Farizal Dipanggil Kembali.

Sembilan digugur termasuklah Aidil Zafuan Razak untuk perlawanan persahabatan Antarabangsa menentang Oman pada 9 Ogos nanti.


Aidil terpaksa digugurkan kerana mengalami kecederaan manakala lapan pemain lagi diberikan pelepasan untuk menyertai pasukan Olimpik Malaysia.

Ketua Jurulatih Negara, Datuk K. Rajagobal mengambil tindakan drastik dengan memanggil segera beberapa pemain untuk mengantikan kesemua pemain yang digugurkan.

Antara kejutan yang dilakukan ialah memanggil pemain senior seperti Norhafiz Zamani Misbah dan penjaga gol, Farizal Marlis serta pemain perancang dari Kedah, Khairil Muhaymeen kedalam senarai pemain.

Selain mereka, dua pemain Kuala Lumpur, Shahrom Abdul Kalam dan Norazlan Razali turut dipanggil kali ini bagi melengkapkan senarai pemain pasukan negara.

Beberapa tonggak utama seperti Safee, Amirul Hadi, Safiq Rahim dan S. Kunalan terus dikekalkan pengendali Kebangsaan tersebut.

Kesemua pemain diminta melaporkan diri di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula hari Rabu ini sebelum bertolak ke Oman untuk perlawanan tiga hari kemudian.

Berikut Adalah Senarai 25 Pemain

Penjaga Gol

Sharbinee Alawee - Terengganu
Farizal Marlias - Negeri Sembilan
Norazlan Razali - Kuala Lumpur

Pertahanan

Norhafiz Zamani Misbah - Negeri Sembilan
Helmi Rameli - Terengganu
Asrarudin Putra Omar - Selangor
Farisham Ismail - Kelantan
Rizal Fahmi Rosid - Kelantan
Azmi Muslim - Kedah
Shahrom Abdul Kalam - Kuala Lumpur
Mohd Faizal Mohamad - Terengganu

Tengah

Safiq Rahim - Selangor
Amar Rohidan - Kedah
S. Chanturu - Kelantan
Khairil Muhaymeen - Kedah
Badrol Bakhtiar - Kedah
Amirul Hadi Zainal - Selangor
S. Kunalan - Negeri Sembilan
Joseph Kalang Tie - Terengganu
Shakir Shaari - Kelantan
Ismail Faruqi - Terengganu

Penyerang

Safee Sali - Pelita Jaya FC
Shahrizal Saad - Johor FC
Ashaari Shamsudin - Terengganu
Abdul Hadi Yahya - Terengganu

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: