Persiapan Pasukan Sebelum Aksi Piala Malaysia.

Semua pasukan yang bertanding dalam Piala Malaysia 2011 rancak mempersiapkan pasukan masing-masing sebelum saingan membuka tirai secara rasminya pada awal bulan September nanti.


Juara Liga Super, Kelantan dikhabarkan sedang dalam proses mendapatkan penyerang dari Pahang untuk memperkuatkan jentera serangan mereka yang kelihatan tumpul.

The Red Warriors turut dalam perancangan untuk membawa dua pemain Harimau Muda tetapi dilaporkan gagal kerana pemain tersebut sudah menandatangani kontrak pinjaman dengan pasukan lain.

Bagi Terengganu, mereka dalam proses untuk mendapatkan beberapa pemain untuk mengukuhkan status mereka selaku antara pasukan yang sedang meningkat naik. Dikhabarkan mereka turut mengsasarkan seorang penyerang Pahang untuk dibawa ke Kuala Terengganu.

Pasukan senegeri, T-Team FC pula dilaporkan sudah mendapatkan penjaring terbanyak Liga Perdana, Mohd Fitri Omar serta dua pemain dari Pos Malaysia, dan Perlis untuk memperkuatkan barisan pemain sedia ada. Sasaran selaku juara membuatkan pihak pengurusan dalam tekanan untuk memburu pemain berkaliber yang mampu menepati sasaran yang telah ditetapkan.

Merah Kuning turut berada dalam tekanan untuk mendapatkan satu kejuaraan sebelum tamat musim 2011. Mereka dilaporkan telah mengambil tiga pemain Harimau Muda untuk memperkuatkan pasukan mereka sepanjang kempem Piala Malaysia.

Dua pemain adalah dari pasukan Harimau Muda A manakala seorang lagi adalah ketua pasukan Harimau Muda B dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) berharap kehadiran tiga pemain mampu memberikan impak kepada pasukan Selangor.

Gergasi dari Utara, Kedah pula dilaporkan bakal memimjam dua pemain untuk melengkapkan kuota pemain pinjaman pada musim ini. Azmizi Azmi dan seorang pemain dari Harimau Muda B dipertaruhkan Wan Jamak Hassan untuk saingan kali ini.

Sementara itu, Perak pula dijangka meminjam tiga pemain untuk saingan kali ini setelah beberapa pemain mereka terpaksa direhatkan ekoran pengantungan perlawanan dan kecederaan jangka panjang. Ketiadaan Akmal Rizal, Shahrul Nizam Mustapha selain pengantungan Nasril Nourdin memberi kesukaran kepada Seladang untuk bersaing dan pengambilan pemain yang dipinjam diharap mampu membantu mereka mencatatkan keputusan lebih baik. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: