QPR Sedia Uji Apek, Safee.

Laporan akhbar Utusan mengatakan Queen Park Rangers sedia memberi peluang ujian kepada dua pemain kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan Safee Sali menjalani latihan dengan kelab Liga Perdana Inggeris tersebut.


Menurut Lembaga Pengarah Kelab, Datuk Kamarudin Meranun, tujuan utama pembelian QPR oleh Tune Sports Sdn. Bhd bukan sahaja untuk tujuan komersial tetapi dengan niat untuk meningkatkan mutu sukan bola sepak tanahair.

Selain itu, pemilikan kelab ini turut menumpukan kepada pendedahan pemain muda pada masa akan datang.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggesa pemilik baru QPR, Datuk Tony Fernandes memberi peluang kepada pemain kebangsaan untuk diserapkan kedalam pasukan tersebut.

Walaupun sekadar bermain di Liga divisyen tiga, sekurang-kurangnya pemain yang terpilih kesana dapat merasai suasana dan corak permainan bola sepak England.

Pemilihan Khairul Fahmi dan Safee dilihat tepat kerana dua pemain ini merupakan produk terbaik pasukan negara, beberapa tahun kebelakangan ini.

Mereka berdua ternyata menjadi sandaran pada masa depan dan pemilihan mereka untuk menjalani latihan di QPR akan membantu meningkatkan kekuatan Malaysia dalam perlawanan peringkat antarabangsa selepas ini. -RedsfcNews-

Sumber: Utusan Online.

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: