TRW Atur 5 Perlawanan Persahabatan.


The Red Warriors akan mengadakan lima perlawanan persahabatan dalam rangka persiapan pasukan sebelum perlawanan pertama Piala Malaysia 2011.


Menurut Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim di Laman Sosial Facebook, Kelantan akan ke Lembah Kelang untuk mengadakan tiga perlawanan persahabatan.

Jelajah pertama dimulakan dengan melawan Kuala Lumpur di Stadium Selayang pada 14 Ogos.

Tiga hari kemudian, Sang Kijang akan bertandang ke Stadium Shah Alam melawan Selangor sebelum menamatkan perlawanan persahabatan di Lembah Klang dengan bertemu PDRM di Stadium Selayang, sehari selepas itu.

Kelantan akan meneruskan sesi latihan di Kota Bharu sebelum sekali lagi turun perlawanan persahabatan melawan T-Team pada 24 Ogos.

Menamatkan perlawanan persiapan pasukan ialah kesemua pemain dan pegawai bertolak ke Thailand untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan Songkhla FC yang dibimbing bekas pemain import The Red Warriors, Worrawoot Srimaka di Stadium Tinsulanon. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

2 ulasan:

izat123 said...

woorawot tuh..lejen kelate.hahaa

Anonymous said...

tiket berbayar ko??