Kelantan Pungut Tiga Mata Berharga.

Sang Kijang pungut tiga mata berharga apabila bangkit dari ketinggalan untuk menang 2-1 keatas Johor FC di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malan tadi.


Bermain dalam keadaan padang licin selepas hujan turun pada hampir keseluruhan perlawanan, Kelantan terlebih dahulu melancarkan serangan pantas kearah kubu Johor FC.

Namun, Sang Lebah terlebih dahulu memecahkan kebuntuan selepas Eddy Helmi Manan bijak menyempurnakan peluang terhidang didepan gawang pada minit ke-11.

Tuan rumah tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan Shakis Shaari selepas rembatan kencang dari luar kotak penalti tertampan kaki pertahanan Johor FC, Hamzani Omar terus menerjah jaring pada minit ke-17.

Selepas jaringan tersebut, kedua-dua pasukan saling mengatur gerakan mencari gol pendahulan namun tidak dapat menambah jaringan sehingga babak pertama tamat.

Pada babak kedua, Kelantan melakukan asakan awal tetapi pasukan pelawat bijak bertahan untuk menggagalkan pelbagai usaha yang dilakukan tuan rumah mencari jaringan pendahuluan.


Johor FC turut tidak ketinggalan dimana dua peluang keemasan mereka melalui Eddy Helmi Manan dan Shahrizal Saad diselamatkan oleh pemain pertahanan Kelantan didepan pintu gol.

Begitu juga dengan sepakan kencang S. Chanturu dari penjuru kiri mudah ditangkap kemas penjaga gol Johor FC pada minit ke-72.

Usaha berterusan The Red Warriors akhirnya membuahkan hasil selepas Ramzul Zahini Adenan pantas menyambar lantunan tandukan pertahanan pelawat dengan rembatan leret ke sebelah kanan menewaskan Mohamad Anis Faron pada minit ke-87.

Jaringan tersebut tidak mematahkan semangat Sang Lebah untuk mencari gol penyamaan tetapi pemain Kelantan menutup segenap ruang seterusnya mempertahankan keputusan sehingga tamat perlawanan.

Satu lagi perlawanan membabitkan kumpulan C diantara Felda dan Sarawak berkesudahan dengan Budak Felda menang tipis 1-0.

KELANTAN: Datuk M. Karathu.
Shahrizan Ismail (Gk), Daudsu Jamaludin, S Subramaniam, Farisham Ismail, Aziz Ismail (Rizal Fahmi Rosid), Nurul Azwan Roya,Badhri Radzi (Kp), S Chanturu, Shakir Shaari (Khairan Eruan Razali), Azammuddin Akil (Ramzul Zahini Adenan) dan Norshahrul Idlan Talaha.

JOHOR FC: Azuan Zain.
Anis Faron (Gk), Saiful Nizam Miswan, Riduwan Ma’on, Mohamad Izuan Jarudin, Hamzani Omar (Muhd Irfan Ghani), Mohamad Khairul Ismail, Khairi Kiman, Rezal Zambery Yahya (Kp) (Akmal Mohd Noor), Eddy Helmi Manan (Mohammad Ezaidy Khadar), Mohamed Rashid Aya dan Shahrizal Saad.

Video: Sokernet.com | Photo: Shazli Shamsudin | News: RedsfcNews

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: