Kepada semua penyokong Bola Sepak The Red Warriros dan seluruh rakyat Kelantan amnya, mohon bantuan derma darah jenis A segera kepada Nurul Azhanum Zainuddin. Beliau amat memerlukan bantuan daripada anda semua bagi meneruskan rawatan kimoterapi penyakit kanser yang dihidapinya.
Sesiapa yang sudi menderma darah dan meringankan beban Nurul Azhanum boleh terus ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu [HRPZ II] dan memaklumkan derma darah untuk Nurul Azhanum yang kini berada di wad mawar.
Selain menderma darah, anda juga boleh menyalurkan sumbangan peribadi terus kepada Nurul Azhanum agar beliau dapat menjalani proses perubatan terbaik untuk sembuh dari penyakit yang dideritai.
Kepada yang tidak mempunyai darah jenis A seperti yang diperlukan, marilah kita sama-sama mendoakan agar Nurul Azhanum dapat kembali sihat seperti sediakala.
Segala tindakan dan keprihatinan anda, InsyaAllah mendapat pembalasan baik daripada Allah S.W.T. -RedsfcNews-
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 ulasan:
Post a Comment