Pasukan Pilihan Catat Permulaan Cemerlang.

Permulaan cemerlang dari pasukan pilihan dalam saingan Piala Malaysia 2011 apabila mudah menewaskan lawan masing-masing pada pertemuan pertama.


Kelantan selaku juara bertahan tampil bergaya setelah membenam cabaran Sarawak 2-0 di Stadium Kuching. Dua jaringan dari Norshahrul Idlan Talaha dan S. Chanturu pada babak kedua sudah cukup buat Sang Kijang pulang ceria dengan tiga mata berharga.

Tidak ketinggalan, Terengganu turut mencatatkan permulaan cemerlang apabila mudah membelasah Sime Darby 3-0 di Stadium Selayang. Babak awal sudah menunjukkan penguasaan Terengganu dengan menguasai sepenuh perlawanan sebelum menamatkan perlawanan dengan dua jaringan. Bersambung babak kedua, mereka menambah satu lagi jaringan untuk keputusan penuh tiga gol tanpa balas.

Di Selatan Tanahair, Johor gagal mengekang Kedah apabila tumpas 0-2 di Stadium Larkin. Kedah mempamerkan perwatakan selaku antara pasukan pilihan apabila dua jaringan melalui Khyrill Muhaimeen memberikan Sang Kenari tiga mata pertama di arena lawan.

Satu lagi perlawanan di Lembah Klang menemukan juara Liga Perdana, PKNS dan Negeri Sembilan berkesudahan Hoben Jang Hoben menang 2-1. Walaupun PKNS mendahului seawal minit ke-8, Negeri Sembilan bangkit dengan dua jaringan seterusnya membawa pulang mata penuh ke Paroi.

Namun nasib malang menimpa Selangor, misi 33 kejuaraan bermula suram selepas dibedil T-Team di Kuala Terengganu. Walaupun menguasai perlawanan dengan deretan peluang terhidang, Gergasi Merah gagal melakukan jaringan yang diperlukan membolehkan T-Team meneruskan penguasaan mereka keatas Selangor sejak saingan Liga Super.

Lain-lain keputusan, KL mudah membenam cabaran PDRM 3-0 manakala Johor FC gagal menggunakan kelebihan beraksi di kandang sendiri apabila ditewaskan 2-0 Felda United.

Perak pula sekadar terikat seri 0-0 dengan Sabah di Stadium Likas. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: