Piya The Legend 16.

Badri Radzi atau selesa dipanggil Piya tidak asing dalam arena bola sepak tempatan.


Seringkali menerima kritikan dari segelintir penyokong kerana prestasi tidak konsisten selain dilabel tidak bersikap pro ketika mewakili Kelantan pada tahun 2010.

Kritikan yang dilemparkan bukan berasaskan tanpa bukti kukuh tetapi pemerhatian luas para peminat yang sering mengikuti perkembangan pasukan bola sepak Kelantan sejak era kebangkitan bermula tahun 2007.

Dan itulah ketua pasukan The Red Warriors, pemain yang kini semakin dikenali dengan jaringan pada perlawanan penting sehinggakan ada yang melabel pemain berjersi 16 ini merupakan nadi Sang Kijang.

Tanpa Badri, pemain lain dikhabarkan tidak dapat bermain cemerlang walaupun sudah dibuktikan B. Sathianathan betapa tanpanya, Kelantan masih mampu mara jauh dalam Liga Malaysia.

Tetapi, jasa dan kelibat beliau tidak boleh dilupakan begitu sahaja kerana jaringan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih memberikan Kelantan kejuaraan yang pertama dalam kejohanan tersebut.

Malah penulis sendiri acap kali memberi kritikan kepada pemain ini selepas selesai satu-satu perlawanan. Bukan kerana benci tetapi kecewa dengan prestasi tidak konsisten Badri selain dilihat kebal dari dikeluarkan walau bermain dengan buruk sepanjang perlawanan. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 ulasan:

Azremiey said...

Hehehehe... tapi kalau permainan yg berjersi No. 16 menjadi... koyak rabak pertahanan lawan... Piya perlu diberi sedikit motivasi agar dapat konsistenkan prestasinya... Ambo kritik bila perlu.. hehehe.. keno puji jugo..kalu meme.. sedak corak permainan...