TRW Perlu Baiki Corak Permainan.

Masih banyak perlu diperbaiki Datuk M. Karathu untuk menjadikan Kelantan antara pasukan yang mampu bersaing sehingga ke pentas akhir Piala Malaysia.


Ketumpulan jentera serangan, kegagalan pemain tengah merencana gerakan selain kekurangan kecergasan menjadi faktor utama prestasi terumbang-ambing setakat ini.

Jangan sangka kemenangan besar yang dicatatkan keatas Sarawak menjadi titik noktah pada persembahan buruk dalam tiga perlawanan awal.

Kemenangan yang dilakukan keatas Sarawak mungkin serba sedikit menutup mulut para pengkritik tetapi bagaimana corak permainan yang ditunjukkan pada awal sehingga minit ke-80.

Adakah itu sudah cukup untuk The Red Warriors bersaing sehingga ke penentuan sepak mula perlawanan akhir.

Semuanya masih awal dan Kelantan masih lagi dalam peringkat saingan.

Justeru itu, masih ada kekurangan besar yang terdapat dalam pasukan Kelantan sebelum mereka benar-benar sudah memiliki ramuan terbaik untuk mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi musim lepas. -RedsfcNews-

Photo: J Photography.

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: