Tanggal 6 September, Lapan perlawanan akan dilangsungkan serentak di seluruh Malaysia termasuklah pertembungan beberapa pasukan pilihan mencari kemenangan sulung untuk dijadikan bekal awal peringkat kumpulan.
Tidak terkecuali Sarawak, mereka sebenarnya tidak diletakkan diantara pasukan pilihan mara ke peringkat kalah mati namun status underdog sudah cukup memberikan keselesaan kepada mereka cuba mendapatkan mata sebanyak mungkin dalam kumpulan C.
Begitu juga dengan Sang Kijang, melawan Sarawak di Stadium Kuching merupakan ujian pertama kepada barisan pemain berjuang mendapatkan keputusan positif seawal saingan.
Setakat ini, persiapan Kelantan berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah yang memeningkan kepala pihak pengurusan kecuali satu dua perkara berbangkit berkaitan rayuan persatuan kepada FAM untuk mendapatkan khidmat Khairul Fahmi.
Sarawak juga melakukan persiapan giat semata-mata mahukan kelainan pada saingan kali ini. Mereka sudah tentu tidak mahu kehilangan mata penuh di gelanggang sendiri walaupun melawan juara Liga Super.
Rekod pertembungan sepanjang 10 tahun lalu dalam Piala Malaysia, kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seimbang dalam empat perlawanan dengan Kelantan menang dua kali di Kota Bharu dan tewas serta seri sekali di Sarawak.
Manakala rekod pertemuan Kelantan di tempat Sarawak dalam semua kejohanan sepanjang 2000 hingga 2011 dilihat buruk kerana setiap kali kunjungan kesana tidak membuahkan hasil lumayan kecuali pada tahun 2001.
Justeru itu, kehadiran Kelantan pasti disambut meriah para pendukung Bujang Senang yang berharap para pemain kesayangan mereka mampu menunjukkan kepada juara bertahan apakah sebenarnya bola sepak andai mereka hadir dengan ketempangan.
Formasi Sarawak
Formasi Kelantan
Kesebelasan Utama (Jangkaan)
1st 11 Sarawak
Dijangkakan, posisi permulaan penjaga gawang Sarawak bakal tergalas di bahu pemain berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, Shamsul Fahmie Shamsudin. Menurut maklumat yang diperoleh, Shamsul diturunkan sebahagian besar perlawanan Sarawak dalam Liga Premier dan membantu negeri Borneo tersebut muncul naib johan.
Barisan benteng pula jangkaan bakal diketuai Hairol Mokhtar dan Shahran Abdul Samad. Dua pemain ini sangat penting kepada Sarawak kerana mempunyai kelajuan memintas, ketinggian mencukupi dan paling utama mereka turut mempunyai kekuatan fizikal untuk memberi hadangan kepada pemain serangan pasukan lawan. Melengkapkan barisan pertahanan, Mazwandi Zekeria serta Dzuazlan Ibrahim. Andai pilihan lain yang mahu digunakan Roberts, kemungkinan pemain pinjaman dari ATM, Chung Keng Hong bakal diserap masuk dalam kesebelasan utama.
Jentera tengah Bujang Senang mempunyai ramai pilihan pemain yang mungkin akan digunakan ketua jurulatih mereka. Gabungan pemain muda dan berpengalaman menjadi nadi kejayaan Sarawak pada saingan Liga Malaysia 2011. Kemungkinan besar, Wong Sai Kong dan Benedict Martin menjadi penjana kepada serangan Sarawak pada perlawanan ini. Shahrizan Sahari menjadi utiliti kepada bahagian tengah dan sangat dipercayai mampu mengatur beberapa serangan untuk merobek kubu Sang Kijang. Sekarang, di atas bangku simpanan, Sarawak turut mempunyai Abg Za'afari, Syaiful Sabtu yang dapat memainkan pusat bahagian tengah dan salah seorang dari mereka mungkin terpilih menyertai "first 11" ataupun diletakkan selaku pemain simpanan kerana terapan formasi menyerang 4-3-3. Selain itu, mereka turut diperkuatkan dengan seorang lagi pemain "import" dari ATM, V. Jaganathan. Pemain ini bagaimanapun masih dalam proses menyesuaikan diri dan mungkin tidak akan diturunkan untuk perlawanan pertama.
Jentera serangan, gandingan dua pemain yang telah menjaringan hampir 30 gol buat Sarawak dalam Liga Premier begitu diharapkan dapat menterjemah jaringan pada pertemuan dengan The Red Warriors. Zamri Morshidi selaku ketua pasukan dijangka bakal mengetuai serangan bersama Bobby Gonzalez di depan. Ssatu tempat lagi mungkin diisi Khairol Azhar Edros seandainya RObert Alberts mahu tiga pemain berada didepan sepanjang perlawanan.
1st 11 Kelantan
Bagi posisi nombor satu, tunjang belakang kepada kemenangan pasukan, rezeki berpihak kepada Shahrizan Ismail untuk dimasukkan selaku penjaga gol utama. Ketiadaan Khairul Fahmi kerana tugasan antarabangsa, Shahrizan salah satu calon pemain lagenda masa depan mendapat kembali tempat yang terpaksa dilepaskan beberapa musim lalu. Juga keadaan tidak mengizinkan Norhadi Ubaidillah serta ketidak cergasan Halim Napi yang baru sembuh dari masalah cedera bakal meletakkan Shahrizan tidak tergugat buat tiga atau empat perlawanan selepas ini.
Bagi pertahanan, ketiadaan Zairul Fitree pantas ditampung Aziz Ismail selaku barisan pertahanan kiri kental. S. Subramaniam seperti biasa, bakal diletakkan selaku pemain utama bersama dengan Farisham Ismail di bahagian "center" manakala Daudsu pula erat memegang tempatnya di sebelah kanan. Selain itu, Kelantan turut memiliki nama terbaik di bangku simpanan dan paling mahu ditonton ialah kekentalan pemain pertahanan dari President Warriors yang diserap masuk Karathu, Nik Shahrul Azim menggalas tugas dalam kesebelasan utama pasukan Kelantan.
Posisi "midfield center", ketua pasukan Kelantan, Mohd Badri Radzi menjadi pemain regular bersama dengan Shakir Shaari kerana tiada lagi pemain setanding mereka dalam pasukan Kelantan. Badri bermain selaku "attacking" perlu bergerak lebih cergas dengan mengurangkan sikap gelecekan individu selain cuba melakukan tindakan susulan cepat andai kehilangan bola. Semangat yang ditunjukkan Shakir di bawahnya perlu ada dalam minda Badri kerana kesilapan mudah yang dilakukan bakal membawa padah selain meletihkan pertahanan untuk menampung kesilapan dari tengah. Bahagian sayap kiri kanan, larian deras S. Chanturu dan gerakan menarik Nurul Azwan Roya ditagih untuk melakukan hantaran lintang mahupun menjaringkan gol jika berpeluang. Pemain simpanan seperti "Khairan Brothers", Danial dan Solehin mungkin mendapat tempat pada separuh masa kedua.
Jentera serangan, Azamuddin Akil diletakkan selaku penyerang "top" manakala Norshahrul Idlan membantu dibawah. Kombinasi yang diterapkan dalam lima perlawanan persahabatan nyata berhasil dengan Azamuddin nyata mencuri minat para penyokong dengan kehandalan dan ketajaman didepan gawang. Norshahrul pula dilihat tidak lagi keletihan menjadi tumpuan pihak lawan selepas kehadiran Azamuddin. Seorang lagi penyerang pinjaman, Surendran pula kemungkinan terlepas perlawanan dengan Sarawak kerana kecederaan selain Nidzad dan Ramzul mungkin kehilangan tempat seandainya masih menunjukkan persembahan setara sepanjang musim. Khalid dikhabarkan tiada didalam skuad kerana cedera selain Izuan Rosli pula terpaksa bersiap sedia bermain di bahagian tengah.
Komen RedsfcNews
Keputusan Jangkaan
Sarawak 1-2 Kelantan
By: RedsfcNews
0 ulasan:
Post a Comment