Dua jaringan diperoleh pada babak kedua memberikan tiga mata pertama buat anak didik Datuk M. Karathu dalam perlawanan pembukaan di Kuching.
Tetapi, khabar tidak enak sebenarnya buat Johor FC setelah dilukakan Felda United 0-2 di gelanggang sendiri, mereka terpaksa pula berkunjung ke arena keramat Perwira Merah untuk aksi kedua.
Jika dinilai berdasarkan perlawanan pertama masing-masing, mudah sebenarnya buat Kelantan selaku tuan rumah untuk menjulang mata penuh di hadapan ribuan penyokong setia mereka.
Bagi Sang Lebah, kekalahan pertama sangat memeritkan kerana mereka merupakan salah satu pasukan pilihan Kumpulan C mara ke peringkat kalah mati. Justeru itu, aksi dengan Kelantan menjadi sangat penting kepada mereka seandainya ingin terus pergi ke peringkat lebih tinggi.
Melihat pada rekod pertemuan kedua-dua pasukan yang bertanding, The Red Warriors mencatatkan lima kemenangan dan dua kali kalah kepada Johor FC dalam semua pertandingan Liga Malaysia sejak 2009.
Rekod pertemuan terakhir di Kota Bharu pula menyaksikan Sang Kijang gah mengecewakan pasukan dari Selatan tanahair tersebut dengan jaringan 4-1 dalam saingan Liga Super.
Namun, pertemuan pada malam esok merupakan skrip lain yang perlu dilalui para pemain Sang Kijang. Siapa tahu, Johor FC kembali bangkit untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.
Sebagai catatan tambahan, Sang Lebah merupakan salah satu kelab paling berjaya dalam Liga-M dan mereka merupakan semi finalis Piala Malaysia pada 2010. Andainya pertembungan ini diambil mudah berdasarkan rekod lampau, kemungkinan Kelantan bakal kecundang digasak pasukan berpengakalan di Pasir Gudang itu.
Formasi Kelantan
Formasi Johor FC
Barisan Kesebelasan Utama
Kelantan
Bagi posisi permulaan, Shahrizan Ismail terus menggalas tugas utama di bahagian pintu gol Kelantan. Shahrizan menunjukkan aksi cemerlang menggagalkan sekurang-kurangnya 4 percubaan bahaya Sarawak seterusnya meneruskan rekod baik tanpa bolos dalam perlawanan peringkat kompetetif. Penjaga gol gantian digalas Halim Napi dan Judtanna Eh Put.
Barisan pertahanan, S. Subramaniam bermain cemerlang dengan Farisham Ismail. Mereka berganding baik dengan Daudsu dan Aziz Ismail ketika mengekang asakan menggila wakil Borneo. Trio ini dijangka kekal dalam kesebelasan utama tanpa mampu digugat mana-mana pemain simpanan seperti Wan Rohaimi, Nik Shahrul Azim dan lain-lain.
Jentera tengah dilihat buntu ketika babak pertama di Kuching tetapi mula menguasai corak perlawanan ketika masa memasuki babak pertengahan. Ketua pasukan Kelantan, Badri Radzi serta Shakir dilihat efektif mengatur gerakan serangan. Chanturu membuktikan status antara pencetak gol popular walaupun beraksi selaku pemain sayap manakala Azwan Roya gagal beraksi tenang seperti biasa menyebabkan terpaksa diganti pada awal separuh masa kedua. Namun, pertemuan dengan Sang Lebah kemungkinan dia dimasukkan kedalam kesebelasan utama pasukan.
Pemain serangan tidak asing diketuai Norshahrul Idlan Talaha. Pemain ini diringankan tugas setelah kehadiran Azamuddin Akil membolehkan mereka mengatur pelbagai corak serangan dari segenap penjuru pasukan lawan. Norshahrul bakal diletakkan selaku pemain backup di belakang Azamuddin yang bertindak selaku "top striker".
Johor FC
Dilema kepada Azuan untuk menurunkan penjaga gol kerana ketika ini kesemua pemain yang ada gagal menunjukkan konsistensi seperti yang diharapkan oleh kebanyakan penyokong mereka. Anis Faron gagal menunjukkan persembahan memuaskan walau kerap diturunkan manakala Suhardy Albi dan Fazli Paat turut gagal menyakinkan di pintu gol. Namun untuk perlawanan dengan Kelantan, kemungkinan besar Anis Faron terus dikekalkan di posisi nombor satu.
Jentera pertahanan Johor FC sangat rapuh sejak akhir-akhir ini. Pelbagai cara telah dilakukan termasuk meminjam pertahanan luar namun turut gagal membantu. Dijangka, Hamzani Omar dan Saiful Nizam Miswan akan berganding di bahagian pertahanan "center" dengan Irfan Abdul Ghani menggalas tugas di bek kiri serta Hasni Zaidi Jamian pula beraksi di benteng sebelah kanan.
Posisi tengah terus diketuai Rezal Zambery Yahya selaku ketua pasukan disamping Riduan Maon, Azizan Baba dan Khairi Kiman. Namun, ketika perlawanan dengan Felda, kesemua pemain ini tidak dapat beraksi baik pada awal babak sehingga gagal langsung melakukan serangan bahaya kearah pintu gol pelawat. Sehinggalah kehadiran Eddy Helmi merubah sedikit corak serangan mereka menjadi lebih berdaya saing. Tetapi, Eddy pula tidak mempunyai cukup "fit" bermain selaku kesebelasan utama menyebabkan dia selalu terpinggir selaku "super sub".
Bagi tugasan serangan, penyerang yang seringkali dipanggil sertai skuad kebangsaan, Shahrizal Saad dijangka mengetuai Johor FC. Dia sebenarnya mempunyai kaliber menjadi penyerang handalan namun tidak dapat menunjukkan bakat sebenar ekoran ketiadaan rakan yang mampu membantu untuk menjadi lebih berbisa didepan gawang. Rakan penyerang seperti Rashid Aya tidak mampu membantu pemain ini merobek gawang lawan memaksa dia lebih mencari bola dari menerima bola.
Pemain Yang Ingin Ditonton: Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan), Shahrizal Saad (Johor FC)
Keputusan Jangkaan: Kelantan 4-0 Johor FC
By: RedsfcNews
1 ulasan:
kemah keming
Post a Comment