Sang Kijang Mula Langkah Kanan.

The Red Warriors mula langkah kanan dalam saingan Piala Malaysia 2011 apabila membenam Sarawak 2-0 di Stadium Kuching, malam tadi.


Permulaan babak pertama menampakkan kesukaran buat Kelantan melakukan jaringan apabila dikekang habis-habisan oleh Bujang Senang.

Walaupun mempunyai beberapa peluang keemasan didepan gawang, Kelantan tetap buntu untuk membolosi gawang Sarawak kerana kegopohan pemain penyerang.

Percubaan sepakan percuma Badri Radzi pada minit ke-25 turut tersasar.

Satu-satunya peluang terbaik menjaringkan gol pada minit ke-44 pula gagal disempurnakan Azamuddin Akil walau hanya berhadapan dengan penjaga gol tuan rumah.

Bersambung babak, Kelantan terus melakukan serangan awal untuk mendapatkan jaringan menyebabkan pemain Sarawak lebih banyak bertahan.

Sehinggalah pada minit ke-64, hasil kesilapan pertahanan Sarawak mengawal bola dikawasan sendiri, Norshahrul muncul pemusnah dengan rampasan kemas sebelum merembat masuk menewaskan penjaga gol, Aidil Mohd.


Kedudukan Kelantan digandakan pada minit ke-77 selepas S. Chanturu mudah menyempurnakan ruang didepan gawang hasil gerakan satu dua dengan Norshahrul Idlan Talaha.

Gol kedua ternyata memadamkan terus semangat juang Sarawak untuk memberikan Kelantan kemenangan pertama dalam Piala Malaysia. -RedsfcNews-

Kesebelasan Utama:

SARAWAK : Robert Alberts
Aidil Mohd (Gk), Mazwand Zekeria, Zamri Morshidi (Kp), Hairol Mokhtar, Bobby Gonzalez, Dzulazlan Ibrahim, Shahrol Saperi, Wong Sai Kong, Ashri ChuChu, Chun Keng Hong dan Victor Jaganathan.

KELANTAN : Datuk M. Karathu
Shahrizan Ismail (Gk), S. Subramaniam, Farisham Ismail, Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha, Nurul Azwan Roya, Aziz Ismail, Daudsu Jamaludin, S. Chanturu, Mohd Badri Radzi (Kp) dan Azamuddin Akil.

Pemain Terbaik : Norshahrul Idlan Talaha.

Banner: Oren Kecik
Photo: Mohamad Gustie l DS

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: