Kalah Tetapi Belum Muktamad.

Kekalahan 1-3 The Red Warriors kepada Terengganu perlawanan pertama suku akhir Piala Malaysia masih belum muktamad.


Baki 90 minit aksi timbal balik di Kota Bharu, Jumaat depan menentukan sama ada mereka semakin hampir kepada misi mempertahankan piala atau tersekat pada peringkat lapan terakhir.

Diatas kertas, peluang Kelantan masih terbuka tetapi dengan syarat mereka perlu menang dengan dua jaringan tanpa balas keatas pasukan lawan.

Mereka juga perlu bermain lebih agresif kerana sebarang kesilapan membenarkan pasukan lawan menjaringkan gol bakal menyebabkan penyingkiran.


Benar, Kelantan bakal melalui laluan berduri selepas kehilangan tiga tonggak ekoran pengantungan perlawanan selepas menerima kad merah selain ketiadaan dua pemain berpengalaman akibat kecederaan berulang.

Namun mereka perlu lebih bernafsu untuk mencari seberapa banyak jaringan bagi memadamkan terus api perjuangan pasukan pelawat.

Peluang terbuka sebenarnya kepada pemain simpanan seperti Khairul Izuan Rosli, Danial Fadzly, Wan Zaman dan Nik Shahrul Azim untuk tampil membantu pasukan pada perlawanan timbal balik nanti.

Selain itu, para pemain Kelantan juga bakal mendapat suntikan semangat dengan janji puluhan ribu penyokong akan membanjiri kawasan stadium untuk memberi sokongan.

Mereka hanya perlu bermain seperti biasa dan cuba mencari jaringan seawal mungkin. Dalam bola sepak, perlawanan masih belum tamat jika wisel belum dibunyikan dan tiada yang mustahil biarpun pasukan lawan hadir dengan kelebihan jaringan di tempat sendiri. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: