Kelantan turun suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Terengganu di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu dalam misi memadamkan defisit dua gol perlawanan pertama.
Perlawanan terdahulu di Kuala Terengganu, Kijang patah kaki dibedil Terengganu 3-1 dalam perlawanan tegang sepanjang 90 minit.
Pada perlawanan ini nanti, Kelantan memiliki peluang besar untuk mendapatkan jaringan seperti yang mereka kehendaki. Jauh berbeza dengan pasukan pelawat, kehadiran mereka mungkin untuk bertahan sahaja dalam usaha mengelak Sang Kijang bangkit membalas dua gol.
Strategi Kelantan dilihat ampuh walaupun sedikit pincang dengan ketiadaan beberepa tonggak utama ekoran masalah kecederaan dan pengantungan, begitu juga dengan Sang Penyu Peteh, mereka turut hilang pemain tonggak kerana pengantungan dan masalah peribadi menyebabkan beberapa perancangan yang telah diatur sedikit terencat.
Situasi di Kem Penyu, peluang terbesar dimiliki Terengganu untuk melangkah ke perlawanan seterusnya kerana mereka memiliki rekod baik apabila bertandang ke Kota Bharu. Kelantan pula terpaksa menempuh laluan getir andai masih berniat untuk mencapai kedudukan paling terbaik pada saingan Piala Malaysia kali ini kerana dinilai pada perlawanan kali terakhir, mereka seri 1-1 dengan pihak lawan.
Perlawanan seimbang dijangka dengan pasukan terbaik bakal catat kemenangan dan layak.
Formasi
Kelantan
Ketiadaan tiga pemain memang menggusarkan peminat dan menambah tekanan kepada semua tidak kira kepada mereka didalam pasukan atau di luar. Tetapi Karathu yakin anak didiknya mampu menghadirkan senyuman manis pada akhir perlawanan. Kelantan dijangka merubah beberapa posisi pemain kesebelasan pertama dengan taktik 4-5-1 menjadi pilihan utama berdasarkan sesi latihan yang telah dijalankan. Taktikal Offense dan menggunakan "set piece" menjadi senjata rahsia Kelantan untuk memerangkap pelawat.
Terengganu
Turun selaku pelawat, tidak kurang tekanan buat Terengganu tetapi bekalan dua jaringan merupakan modal paling besar kepada mereka untuk bertahan. Taktikal 4-4-2 bakal diterjemahkan sekali lagi dan dijangka formasi bakal berubah pada pertengahan babak kedua jika Kelantan masih gagal menjaringkan gol. Walaupun Irfan berkata mereka datang untuk bermain menyerang tetapi pertahankan dua gol tetap menjadi taktik utama kepada Sang Penyu.
Kesebelasan Jangkaan
Kelantan
Khairul Fahmi Che Mat
Nik Shahrul Azim -- Farisham Ismail -- Rizal Fahmi -- S. Subramaniam
S. Chanturu -- Nurul Azwan Roya -- Badri Radzi -- Danial Fadzly -- Izuan Salahudin
Norshahrul Idlan Talaha
Lawan
Abdul Hadi Yahya -- Ailim Fahmi
Joseph Kallang Tie--Reshafiq Alwi--Nordin Alias--Ashaari Shamsudin
Helmi Remeli--Marzuki Yusof-- Faizal Mohamad--Mazlizam Mohd
Sharbinee Alawee
Terengganu
Penyokong
Malam ini pertemuan dua pasukan bola sepak Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu di Kota Bharu. Selamat berjuang kepada pemain pasukan Kelantan dan tidak lupa selamat datang kepada rakan-rakan dari Terengganu. Saya mengharapkan agar Kelantan dapat mencatat kemenangan selesa utk malam ini, tetapi lebih penting dari itu saya mengharapkan agar seluruh pemain dan penyokong menjaga semangat kesukanan, dan tidak mencetuskan sebarang insiden yang tidak diingini...
0 ulasan:
Post a Comment