The Red Warriors selepas 5 Tahun.

Tahun 2011, genap setahun kejuaraan utama pertama dimiliki Kelantan dan cukup lima tahun kebangkitan Sang Kijang memburu kemasyuran dalam Liga Malaysia.


Semua tidak menjangka delegasi pimpinan Tan Sri Annuar Musa yang dibina sejak 2007 mampu bertahan dari segala onak dan duri untuk muncul kuasa baru bola sepak tempatan.

Pada awalnya, tidak sedikit kata-kata tohmahan dilemparkan segelintir pihak termasuklah kata-kata Presiden PBNST yang mengatakan pasukan impian ciptaan Annuar Musa merupakan skuad mee segera dan tidak mampu bertahan lama.

Tetapi, ternyata sangkaan tersebut meleset sama sekali dimana selepas memecahkan rekod 39 tahun ke pentas akhir Piala FA, Kelantan mara setapak lagi setahun selepas itu ke persada Piala Malaysia namun ditunjukkan jalan keluar oleh Negeri Sembilan.

Selepas berhempas pulas, tahun 2010 menjadi saksi para perwira Merah Putih menjulang kejuaraan pertama selepas 89 tahun kempunan membawa piala utama ke negeri Cik Siti Wan Kembang.

Dan kini, koleksi kejuaraan terus ditambah apabila The Red Warriors bangkit dari kesukaran aturan FAM untuk merampas Piala Sumbangsih dari Selangor sebelum menamatkan musim panjang liga dengan merangkul Johan Liga Super.

Sedikit terkilan, mereka gagal mendapatkan Piala FA dikala masa perlawanan tinggal satu saat akan ditamatkan seterusnya membenarkan Terengganu melakukan jaringan "silver" pada masa tambahan.


Walau bagaimanapun, Kelantan kini meniti tahun kegemilangan mereka dalam sukan bola sepak Malaysia ekoran kejayaan demi kejayaan memberangsangkan.

Dari sebuah pasukan yang tidak berdaya saing, Sang Kijang kini mula menjadi lubuk emas kepada pemain yang ingin membangkitkan kembali karier suram selain menghimpunkan bintang muda terbaik.

Timbulnya nama Mohd Izuan Rosli, Aziz Ismail, Farisham Ismail, Rizal Fahmi serta ramai lagi ditambah pula dengan kehadiran beberapa tonggak muda dari luar yang berdedikasi serta tidak mudah menyerah kalah menambahkan lagi sengat Kelantan sepanjang saingan Liga Malaysia.

Paling membanggakan, mereka turut menarik kembali ribuan penyokong setia untuk membanjiri stadium di seluruh negara tidak kira di semenanjung ataupun di sebelah Borneo. Semuanya menjadi pemangkin kepada naiknya semula mutu bola sepak negara dengan sokongan demi sokongan tidak berbelah bahagi dari segenap arah dan tempat.

Turut dihiasi dengan pelbagai kejayaan seperti pembinaan Cafe, Merchendise. radio online serta menarik penajaan jutaan ringgit daripada Happy Prepaid, Umbro, Sinar Harian, Yusmira Trading, Al-Jabbar dan banyak lagi turut memberikan Kelantan status pasukan paling berjaya di Malaysia sehingga kini.

Setakat ini, Kelantan masih lagi dalam persaingan memburu kejuaraan kedua Piala Malaysia, kita harapkan pasukan kesayangan kita terus mara memburu kejayaan "treble" buat kali pertama seterusnya menamatkan musim 2011 dengan nota kejayaan paling bermakna sepanjang abad. -RedsfcNews-

Pasukan: Kelantan FA


Ditubuhkan: 1946
Stadium: Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.
Presiden: Tan Sri Annuar Musa
Pengurus: Hj. Azman Ibrahim
Ketua Jurulatih: Datuk M. Karathu.
Pencapaian: 
Juara : Liga Super & Piala Sumbangsih (2011), Piala Malaysia (2010). 
Naib Juara : Piala FA (2009/2011), Piala Malaysia (2009) dan Liga Super (2010)
Piala AFC (2012)

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: