Tegang Di Kuala Terengganu.

Aksi tegang di Kuala Terengganu memaksa lima kad merah dilayangkan pengadil perlawanan ketika Terengganu menundukkan lapan pemain Kelantan dengan jaringan 3-1.


Babak awal perlawanan bagaimanapun dikuasai Kelantan dengan melakukan serangan awal kearah kubu Terengganu yang dikawal Sharbinee Alawee.

Bermula dengan cubaan ofside pertama Norshahrul Idlan Talaha, Sang Kijang sekali lagi garang apabila serangan daripada Azamudin Akil selepas itu berjaya dikeluarkan pertahanan Terengganu.


Sehinggalah minit ke-10, barulah tuan rumah berjaya menyerap asakan pelawat dengan cubaan pertama dari Joseph Kallang Tie hasil sepakan separa volley tetapi sedikit tersasar.

Lima minit kemudian, Joseph Kallang menyaksikan sepakan percuma cantik dari sebelah kanan pintu gol Kelantan ditumbuk keluar Khairul Fahmi Che Mat.

Pada minit ke-22, Abdul Manaf Mamat menerima satu umpanan dari Ashaari Shamsudin tetapi sepakan lemah pemain ini terus kepada Khairul Fahmi.

Tidak sampai seminit, Khairul Fahmi terus menjadi penghalang dengan menepis sepakan deras dari luar kotak penalti hasil cubaan Abdul Manaf.

Tanpa diduga, perlawanan menjadi spanas dengan Shakir Shaari dilayangkan kad merah pertama selepas menerima kad kuning kedua.

Kelantan terus tertekan tidak lama selepas itu, kali  ini Daudsu Jamaluddin pula dilayangkan kad merah terus seterusnya membolehkan Terengganu menjaringkan gol pertama pada minit ke-42 hasil jaringan daripada Ismail Faruqi.

Bersambung babak kedua, Terengganu menggunakan kelebihan ketiadaan dua pemain Kelantan dengan melakukan banyak serangan kearah pintu gol Sang Kijang tetapi serangan mereka banyak tersangkut dengan hadangan cantik dari barisan pertahanan pelawat.

Ketika kedua-dua pasukan sedang rancak mengatur gerakan, tuan rumah tersentak seketika selepas Ismail Faruqi diarahkan keluar padang kerana mengasari Norshahrul Idlan Talaha.

Kehilangan Ismail Faruqi digunakan Kelantan untuk melakukan serangan. Penantian mereka tidak sia-sia selepas cubaan awal S. Subramaniam terkena tangan pertahanan Terengganu didalam kotak memaksa pengadil menghadiahkan sepakan penalti.

Mohd Badri Radzi yang diberi tugas mengambil sepakan tidak mengsia-siakan peluang apabila mudah menyepak masuk menewaskan Sharbine Alawee untuk mengikat kedudukan 1-1.

Selang beberapa minit kemudian, hasil gerakan Norshahrul Idlan Talaha dari atas garisan tepi hampir memberikan Kelantan jaringan kedua namun Sharbinee pantas menggagalkan dengan menepis cubaan penyerang Kelantan tersebut manakala sepakan susulan Rizal Fahmi turut dikeluarkan dari atas garisan.

Kelantan semakin bersemangat mengatur serangan demi serangan, kali ini sepakan percuma Danial Fadzly turut ditampan keluar Sharbinee Alawee.

Pada minit ke-88, Terengganu dihadiahkan sepakan penalti selepas Izuan Salahudin didakwa mengasari pemain tuan rumah didalam kotak. Abdul Manaf tenang menyempurnakan sepakan untuk gol pendahuluan Sang Penyu.

Ketika perlawanan memasuki minit-minit akhir, Terengganu terpaksa beraksi dengan 9 pemain selepas Zubir Azmi pula dilayangkan kad merah hasil kekasaran keatas Ramzul Zahini Adenan.

Pada masa tambahan, Aziz Ismail menerima nasib sama dilayangkan kad merah selepas didakwa melakukan kekasaran didepan pintu gol Kelantan seterusnya memberikan sepakan percuma kepada Terengganu. Marzuki menggunakan sepakan percuma tersebut untuk gol ketiga dan terakhir perlawanan membawa Terengganu bekalan dua gol ke Kota Bharu untuk aksi timbal balik, Jumaat depan.

Kesebelasan Utama:

Terengganu: Irfan Bakti
Sharbinee Alawee (Gk), Marzuki Yusof, Faizal Mohamad, Zubir Azmi, Helmi Rameli, Ashaari Shamsudin, Joseph Kallang Tie, Reshafiq Alwi, Ismail Faruqi, Abdul Manaf Mamat dan Abdul Hadi Yahya (Ailim Fahmi).

Kelantan: Datuk M. Karathu
Khairul Fahmi (Gk), S. Subramaniam, Farisham Ismail, Daudsu Jamaludin, Aziz Ismail, Badri Radzi (Kp) (Danial Fadzly), Shakir Shaari, Azwan Roya (Rizal Fahmi), Azamuddin Akil (Ramzul Zahini) dan Norshahrul Idlan Talaha.

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: