Prebiu Suku Akhir Piala Malaysia : Terengganu lwn Kelantan.

Kuala Terengganu bakal digegarkan dengan sorakan ribuan penyokong setia Hitam Putih dan Merah Putih dalam Derby Pantai Timur suku akhir Piala Malaysia 2011 di Stadium Sultan Ismail Nasharudin Shah.


Semua tidak menyangka dua pasukan yang diharapkan berada di pentas akhir untuk ulangan final Piala FA terpaksa bertembung seawal suku akhir.

Bagi Kelantan, bertandang ke arena lawan mencatitkan memoir manis kerana kemenangan terakhir yang dicatatkan disana membolehkan mereka menggenggam kejuaraan Liga Super dengan kemas tanpa dapat digugat pasukan lawan.

Terengganu pula sudah tentu mahu membalas balik kekalahan kepada Kelantan di arena sendiri kerana harapan tinggi penyokong mahukan mereka memadamkan kisah lama dengan segera.

Rekod semasa, Kelantan dan Terengganu mencatatkan keputusan seimbang dimana masing-masing mencatatkan sekali menang dan sekali seri. 


Dilihat keputusan sejak 2006, The Red Warriors lebih cemerlang apabila mencatatkan lima kemenangan berbanding empat buat Sang Peteh manakala rekod di Stadium Sultan Ismail Nasharudin Shah turut banyak berpihak kepada Kelantan.


Tetapi situasi terkini sudah berubah, Kelantan dan Terengganu boleh digelar lawan yang sama hebat dipenuhi bakat dan bintang. Kita harapkan perlawanan sengit dapat ditunjukkan kedua-dua pasukan.

Justeru itu, 90 minit bakal menjadi penentu sama ada Terengganu dapat membawa kelebihan besar ke perlawanan timbal balik atau terpaksa hadir dengan tekanan tinggi jika gagal mencatatkan keputusan terbaik. Sang Kijang pula turut dengan misi sama, adakah mereka dapat pulang dengan tersenyum atau terpaksa menanti di Kota Bharu untuk catat kemenangan menyeluruh.

Formasi.

Terengganu

Limpahan pemain kebangsaan dalam skuad Terengganu memudahkan kerja Irfan Bakti untuk menurunkan kesebelasan terbaik. Dijangka formasi 4-4-2 bakal digunakan pengendali berasal dari Kelantan tersebut untuk mengukuhkan jaringan tengah dan pertahanan.

Kelantan

Masalah kecederaan beberapa pemain menyukarkan Datuk M. Karathu tetapi kehadiran kembali dua tiga pemain dari kem kebangsaan melegakan seketika kem Sang Kijang. Karathu dijangka membuat beberapa perubahan posisi termasuk mengekalkan formasi sedia ada seperti 4-4-2.

Senarai Kesebelasan Utama Kemungkinan

Terengganu


Bagi posisi penjaga gol, Sharbinee Alawee kekal menerajui posisi nombor satu. Dia sudah membuktikan mengapa wajar terus diberikan peluang didalam kesebelasan utama selepas prestasi konsisten dalam Liga Malaysia.

Jentera pertahanan, Marzuki Yusof sudah tidak asing dengan kelibat pertahanan Kelantan. Pemain terbaik perlawanan akhir Piala FA tentu mahukan sekali lagi kejayaan cemerlang mengatasi pelawat selaku ketua pasukan. Dibantu nama besar skuad negara yakni Zubir Azmi, benteng Terengganu dilengkapkan dengan kehadiran tonggak muda berpengalaman, Helmi Remeli dan Mazlizam Mohd.

Barisan tengah Terengganu pula telah mencipta gerun sejak saingan Liga Malaysia. Deretan peluang dan "assist" kepada penyerang utama mereka meninggalkan kesan gelap buat pasukan lawan yang tidak menjaga sebaik mungkin pemain bahagian ini. Diperkuatkan dengan penjaring terbanyak 2010, Ashaari Shamsudin, Terengganu turut mungkin menggunakan pemain yang mula dikenali, Joseph Kallang Tie untuk memerangkap barisan pertahanan Kelantan. Malah, kehadiran Reshafiq turut menajamkan lagi corak serangan tuan rumah untuk perlawanan pada malam esok. Satu tempat lagi, pemain yang pernah dipanggil menyertai skuad senior dalam Kelayakan Piala Dunia, Ismail Faruqi Ashaari.

Penyerang Terengganu pula diisi Abdul Manaf Mamat dan penjaring terbanyak Liga Super 2011, Abdul Hadi Yahya. Gandingan dua pemain ini dengan pemain tengah mereka, Ashaari Shamsudin menjelmakan 43 jaringan, satu catatan yang tidak mungkin mampu dilakukan oleh mana-mana pasukan. Tetapi untuk Piala Malaysia, Hadi masih lagi katandusan jaringan selepas gagal menjaringkan gol dalam enam perlawanan. Berbanding Manaf yang sudah meledak tiga gol, mungkin sedikit tekanan bakal tergalas di bahu pemenang kasut emas tersebut. Selain mereka berdua, limpahan penyerang berbakat seperti Ailim Fahmi dan Wan Aliff Jasni turut tidak boleh diperkecilkan.

Sharbinee Alawee
Helmi Remeli--Marzuki Yusof--Mazlizam Mohd--Zubir Azmi
Joseph Kallang Tie--Reshafiq Alwi--Ismail Faruqi--Ashaari Shamsudin
---Hadi Yahya --- Manaf Mamat---

Kelantan.

The Red Warriors menerima kembali Khairul Fahmi Che Mat dari kem negara tetapi penjaga gol utama ini mengalami masalah kecederaan berulang pada tangan. Namun untuk suku akhir kemungkinan dia bakal dipertanggungjawabkan menggalas tugas pertama manakala Shahrizan Ismail mengisi ruang simpanan.

Barisan pertahanan, empat pemain pertahanan yang diturunkan sebelum ini mungkin terus dikekalkan dalam senarai kesebelasan utama pemain. Farisham dan Subra selaku bek tengah manakala Daudsu dan Aziz Ismail menggalas tugas di kawasan bahagian kiri kanan.

Kawasan tengah turut tidak mengalami perubahan mendadak dimana Shakir dan ketua pasukan, Mohd Badri Radzi diberi peranan cukup besar menjadi "playmaker". Nurul Azwan Roya yang tidak mendapat tempat selain mula dipertikaikan prestasi dalam beberapa perlawanan mungkin kembali dengan semangat baru di bahagian sayap kiri manakala Azamuddin mungkin beralih dari posisi penyerang kepada sayap kanan selepas S. Chanturu dilaporkan masih mengalami kecederaan.  Danial Fadzly mungkin menanti di bangku simpanan termasuklah Mohd Izuan Salahudin.

Jentera serangan, Norshahrul Idlan kembali dari tugasan antarabangsa mungkin akan digandingkan dengan Ramzul Zahini Adenan selaku penyerang utama. Nidzad bertindak selaku penyerang simpanan selepas pemain pinjaman dari Pahang, Surendran dilaporkan mungkin tersisih sehingga perlawanan akhir.

Khairul Fahmi Che Mat
Daudsu Jamaludin--Farisham Ismail--S.Subramaniam--Aziz Ismail
Azamuddin Akil--Badri Radzi (Kp)--Shakir Shaari--Azwan Roya
---Norshahrul Idlan --- Ramzul Zahini ---

By:RedsfcNews
Photo: J Photography
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: