Jawatankuasa Eksekutif Tolak Hasrat TSAM Letak Jawatan.


Mesyuarat Jawatakuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang berlansung pagi tadi di Majlis Sukan Negeri (MSN) sebulat suara menolak hasrat Tan Sri Annuar Musa untuk berundur dari jawatan Presiden.


Keputusan itu diambil selepas mengambil kira beberapa faktor utama termasuk KAFA masih memerlukan khidmat Annuar sehingga tamat penggal pada tahun 2018.

Selain itu, pihak jawatankuasa eksekutif juga terpaksa menolak kerana masa singkat untuk persiapan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2017.

Annuar baru-baru ini telah menghantar surat peletakan jawatan kepada KAFA dan berharap ada penganti sesuai yang akan mengantikan tempatnya.

Bagaimanapun, mesyuarat kali pertama yang diadakan sebelum ini telah menolak hasrat tersebut dan memaksa mesyuarat kedua yang dilakukan pagi tadi dihadiri semua Ahli Jawatankuasa KAFA untuk membincangkan dengan lebih terperinci kemelut berkenaan.

Foto : TRW FC

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: