Tabung Bantuan Dana : KAFA Lega atau Terus Bekerja?



Inisiatif Badan Bertindak Bola Sepak Kelantan (BBBSK) melancarkan tabung kutipan dana bagi membantu kantung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mungkin melegakan sedikit tekanan yang dihadapi bagi menyertai Liga Malaysia 2017.


Selepas berminggu-minggu dihidangkan dengan berita dan cerita yang dikeluarkan oleh barisan exco selepas peletakan jawatan dari Tan Sri Annuar Musa, tindakan yang dibuat badan gabungan Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMK), Persatuan Bekas Pemain Lagenda Kelantan (Lagenda Kelantan) dan Kelab Sukan Era’80 (Era’80) diharapkan dapat menyelamatkan maruah bola sepak negeri Cik Siti Wan Kembang.

Malu, memang malu namun apakan daya, kebuntuan dari KAFA itu sendiri mencari dana telah menyebabkan gabungan terpaksa dibuat demi mencari sedikit dana.

Dana ini sudah pasti jauh dari sasaran persatuan untuk mendapatkan rm15 juta namun sekurang-kurangnya mereka telah dapat diajar agar mengurangkan cakap-cakap di media tetapi bekerja mencari sumber kewangan.

Persoalan melanda peminat dan menimbulkan reaksi berbaur. Ada yang menyokong, ada yang membantah malah tidak kurang menyindir usaha ini.

Bagi kami di meja RedsfcNews, persoalan yang memberat di kepala ialah adakah usaha dan inisiatif ini akan memberikan kelegaan buat barisan ahli jawatankuasa KAFA atau mereka akan menjadikan pemangkin untuk terus bekerja erat bersama mencari penaja berpotensi untuk merealisasikan perjalanan pasukan.

Kita harap, mereka akan terus bekerja dan tidak lagi bercakap kosong. Jika tidak, letak sahaja jawatan dan berikan pada yang layak sementara masih ada masa.

Penyokong pasti tidak dapat memaafkan salah silap dari mereka seandainya pada 29 Disember ini skuad yang telah dibina terpaksa bubar dek kekurangan duit atas salah mereka sendiri yang gagal merencana cara untuk mendapatkan wang.

Foto : Bernama Multimedia.

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: