TRW 2017 : PDRM Minat 4 Pemain Kelantan.


Pasukan yang jatuh ke Liga Perdana, PDRM FA berminat untuk merekrut empat pemain Kelantan bagi saingan Liga Malaysia 2017.


Menurut sumber kepada RedsfcNews, empat pemain tersebut telah dihubungi oleh pasukan PDRM dan mereka menawarkan satu perjanjian yang cukup lumayan jika perpindahan tersebut menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, penghijrahan mereka masih lagi samar selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) turut menawarkan kontrak baru buat mereka.

Kesemua pemain ini masih lagi memikirkan hala tuju mereka namun ada yang telah mengeluarkan kenyataan kepada media cetak mengenai masa depan masing-masing.

Sumber itu juga menyatakan semua perkara ini bergantung kepada pihak pengurusan pasukan Kelantan.

Jika perjanjian baru itu baik untuk pemain, mereka kemungkinan besar akan kekal tetapi jika tidak, PDRM bersedia untuk membuat perjanjian seterusnya meletakkan pemain ini dalam skuad mereka musim depan.

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: