FAM bakal anjur Kejohanan Bola Sepak Wanita Kebangsaan

Timb Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa, 

Oleh:
Amierul Hisham, RedsFC News

KEMERIAHAN sukan bola sepak Malaysia bakal diwarnai dengan satu lagi kejohanan bola sepak yang bakal diperkenalkan di peringkat kebangsaan.

Kejohanan Bola Sepak Wanita Malaysia yang bakal dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermula 23 Julai nanti membuka peluang penyertaan kepada persatuan-persatuan bola sepak negeri dan kelab-kelab bola sepak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita Kebangsaan FAM, Tan Sri Annuar Musa, kejohanan berkenaan akan dijadikan asas untuk kewujudan kejohanan di peringkat liga yang akan diperkenalkan mulai 2012.

Menurut beliau, FAM juga akan memantau kebolehan pemain-pemain bola sepak di dalam kejohanan tersebut untuk diserap ke dalam pasukan Kebangsaan, yang dijangka akan turut mengambil bahagian di dalam Kejohanan Bola Sepak Wanita Asia di Laos pada bulan Oktober nanti.

Pasukan bola sepak wanita kebangsaan telah dibubarkan selepas daripada persembahan buruk semasa menyertai Kejohanan Sukan SEA baru-baru ini.

Mengulas tetang kewujudan persatuan sedia ada iaitu Persatuan Bola Sepak Wanita Malaysia, Tan Sri Annuar menegaskan bahawa peraturan FIFA mensyaratkan semua persatuan hendaklah bernaung di bawah satu badan induk.

Dalam sidang media yang diadakan di The Red Warriors Station, Kota Bharu sebentar tadi, Tan Sri Annuar juga berharap Persatuan Bola Sepak Wanita Malaysia, semasa kongres mereka yang bakal diadakan pada minggu depan, akan membawa resolusi membubarkan persatuan tersebut bagi membolehkan pimpinan sedia ada diserap ke Jawatakuasa Bola Sepak Kebangsaan di bawah FAM.

Share on Google Plus

About Moderator

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: