6 pemain Kelantan adalah antara 28 pemain yang dipanggil menjalani latihan pusat skuad kebangsaan oleh jurulatih, Datuk K.Rajagobal sebagai persiapan menghadapi perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2014, menentang Taiwan pada 29 Jun depan.
Selain 5 pemain sedia ada – Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha, S.Chanturu, Rizal Fahmi Rosid dan Farisham Ismail, pemain tengah bertahan (defensif midfielder) kental The Red Warriors, Shakir Shaari adalah nama baru yang turut disenaraikan untuk menjalani sessi latihan dan pemilihan bermula Rabu, 15 Jun 2011.
Ini menjadikan Kelantan pasukan yang memiliki paling ramai pelatih kebangsaan, diikuti Terengganu dan Harimau Muda A (4 pemain), serta Negeri Sembilan, Kedah, dan Selangor (3 pemain).
Berikut senarai penuh 28 pemain yang disenaraikan Rajagobal:
Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Azmi Muslim | Kedah |
Amirulhadi Zainal, Asrarudin Putra Omar, Safiq Rahim | Selangor |
Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha, Rizal Fahmi Rosid, S.Chanturu, Farisham Ismail, Shakir Shaari | Kelantan |
Ahmad Fakri Saarani, Aidil Zafuan, S.Kunanlan | Negeri Sembilan |
Sharbinee Alawi, Ashaari Shamsudin, Abdul Hadi Yahya, Helmi Remeli | Terengganu |
G.Gurusamy, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas | Harimau A |
Shahrizal Saad | Johor Fc |
Yong Kuan Yong | K.Lumpur |
Mohamad Hishamuddin Shaari | Perak |
Syed Adney Syed Hussin | Sabah |
Safee Sali | Pelita Jaya |
1 ulasan:
Pendek kata kalu main dengan klate ada harape ceroh wakil negara
Post a Comment