Lima gol sumbangan Mohd Azyu Ikmal (2 Gol), Mohd Syawal Rudin, Zamri Ramli dan Shahiran Mohd Zain memberikan kemenangan mutlak kepada President Warriors dalam perlawanan terakhir Piala Presiden di Stadium Kejora, SSBP, sebentar tadi.
Walaupun sudah layak ke peringkat suku akhir selaku juara kumpulan, ternyata Kelantan tidak memberikan aksi tempang setelah mudah mendahului SSBP seawal minit ke-4 hasil jaringan Mohd Azyu Ikmal.
Kegembiraan mereka hanya sementara selepas penyerang S.S.B.P pantas menyamakan kedudukan pada minit ke-5 hasil kesilapan pemain pertahanan Sang Kijang.
S.S.B.P berjaya mendahului Kelantan pada minit ke-15 selepas pemain mereka pantas menggunakan peluang yang terhidang dengan satu cubaan terus menggegarkan jaring.
Tidak menunggu lama, Kelantan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-18 selepas Mohd Syawalrudin berjaya meletakkan bola kedalam jaring.
Gol tersebut nyata menambah semangat pemain Kelantan untuk menambah jaringan dan usaha mereka berhasil pada minit ke-37, sekali lagi melalui jaringan Mohd Azyu Ikmal.
Pada babak kedua, pertukaran pemain yang dilakukan Zahasmi Ismail membuka peluang kepada Zamri Ramli menambah gol ke-empat pada minit ke-63.
Shahiran Mohd Zain melengkapkan kemenangan besar Kelantan dengan gol terakhir yang juga gol kelima perlawanan pada minit ke-72.
Dengan kemenangan ini, President Warriors menamatkan saingan kumpulan A Piala Presiden dengan kelebihan enam mata di tangga teratas mengatasi Sabah yang hanya memungut 43 mata.
Lain-lain keputusan, Sime Darby terikat 0-0 dengan Selangor, Johor FC menewaskan Perlis 2-0, T-Team membelasah Pulau Pinang 5-1 manakala Sabah yang bermain seminggu lebih awal menewaskan Kedah 3-0.
0 ulasan:
Post a Comment