Keputusan ini pastinya perit untuk diterima PBNS, apatah lagi ianya hadir sebagai susulan kepada prestasi pasukan yang jatuh merudum, skuad Piala Presidennya disiasat Suruhanjaya Pencegah Rasuah dan hampir 80% mengaku terlibat dengan jurulatihnya ditahan, kini denda yang cukup berat, dek kerana tindakan bodoh segelintir penyokong nakal.
Isu ini sebelumnya hangat diperkatakan apatah lagi ia melambangkan kedaulatan negeri, malah Persatuan Bolasepak Malaysia juga hebat dikritik kerana mengambil masa terlalu lama untuk menjatuhkan hukuman, namun perkembangan terbaru ini pastinya dilihat adil dan semoga ia menjadi pengajaran bukan sahaja kepada penyokong Negeri Sembilan, tetapi kesemua peminat bolasepak.
Jadilah penyokong berhemah, sokonglah dengan semangat kesukanan tinggi, bukan untuk menimbulkan kekecohan, akhirnya diri sendiri yang rugi.
Sumber: Suara Sukan Anda
0 ulasan:
Post a Comment