'ZOGBIA (kanan) berada dalam senarai pembelian Dalglish. |
Pemain sayap Wigan, N'Zogbia, 25, akan menjadi buruan utama pengurus The Reds, Kenny Dalglish sebaik saja perpindahan perancang Sunderland, Henderson selesai minggu ini.
Liverpool telah menambah tawaran asal mereka £12 juta (RM59.3 juta) kepada £15 juta, nilai yang hampir sama dengan permintaan Sunderland.
Henderson, 20, kini beraksi dalam skuad bawah 21 England dan berharap perjanjian ini dapat diselesaikan sebelum perlawanan dengan Denmark dalam Kejuaraan Eropah minggu depan.
N'Zogbia pula menarik perhatian Dalglish dengan aksi lincahnya ketika Wigan mengutip lapan mata dari empat perlawanan untuk menyelamatkan mereka dari disingkirkan dari Liga Perdana England.
Dia telah menjaringkan empat gol, termasuk jaringan kemenangan ke atas West Ham.
Pemain kebangsaan Perancis itu mempunyai baki kontrak selama setahun lagi dan Wigan mungkin berdepan kesukaran mengekalkannya dengan tawaran dari Liverpool ini.
Sumber: Agensi
0 ulasan:
Post a Comment