WIRA...Gomez (tengah) jaringkan gol kemenangan Jerman |
“Orang pasti berkata kami bernasib baik kerana memenangi perlawanan itu. Pasukan Austria memberi tentangan hebat dan bermain dengan baik. Kami banyak melakukan kesilapan, “ kata jurulatih Jerman, Joachim Loew selepas perlawanan itu.
“Tetapi apa yang penting dalam perlawanan seperti ini adalah keputusannya,” katanya ketika Jerman berada di landasan tepat untuk layak ke Euro 2012 menerusi kemenangan keenam mereka.
Tanpa kehadiran Bastian Schweinsteiger, Miroslav Klose dan Per Mertesacker, mereka perlu berusaha keras untuk memenangi perlawanan itu.
“Suasananya cukup hebat, seperti yang dijangka ia perlawanan yang mencabar,” kata penyerang Jerman, Lukas Podolski.
“Austria adalah lawan yang kuat terutama pada separuh masa kedua apabila mereka memberikan tekanan. Mereka mungkin berpeluang mendapat mata,” katanya.
Sehingga minit ke-89, sewaktu Gomez menjaringkan gol keduanya, Austria sudah hampir pasti mendapatkan keputusan seri yang diidamkan menerusi pertembungan dengan pesaing tradisi mereka, Jerman.
Biarpun tewas, persembahan Austria memberikan harapan buat pasukan itu selepas dua kekalahan dalam dua perlawanan kelayakan Euro 2012 menentang Belgium dan Turki.
“Ketika anda melihat mereka bermain, saya fikir mereka mempunyai masa depan yang cerah jika terus bermain seperti itu,” kata Podolski.
Kemenangan itu membolehkan Jerman mendahului Kumpulan A dengan tujuh mata di depan Belgium manakala Itali turut melangkah bergaya dengan menewaskan Estonia, 3-0 menerusi jaringan Giuseppe Rossi, Antonio Cassano dan Giampaolo Pazzini untuk mendahului Kumpulan C, lima mata di depan Slovenia.
Sumber: MyMetro
0 ulasan:
Post a Comment