Penulis: RedsFC
Skuad Futsal Kelantan gagal mengekalkan konsistensi selepas mendahului lawan dengan empat jaringan setelah tewas 5-6 kepada Kuala Lumpur dalam saingan Futsal, Sukan Malaysia (SUKMA) di Kuala Lumpur, petang tadi.
Keputusan pengadil memeberikan kad merah kepada ketua pasukan pada minit ke-5 separuh masa kedua ternyata menjejaskan rentak seterusnya memberikan Kuala Lumpur peluang merapatkan jurang.
Menurut Ketua Jurulatih Futsal, Aziz Mustapha, kekalahan pasukan Kelantan disebabkan para pemain tidak mempunyai kecergasan cukup untuk mencatatkan kemenangan.
Kuala Lumpur menggunakan segala kelebihan yang ada untuk menekan pemain kita sehingga berjaya merapatkan jurang seterusnya memungut tiga mata pertama.
Para pemain diingatkan agar memberi permainan baik dalam perlawanan selepas ini bagi mengelakkan tersingkir awal dalam saingan Sukan Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 ulasan:
Post a Comment