Disahkan: Kelantan lawan Pelita Jaya FC.

Ahmad Fadhli Sukardi
redsfcnews@gmail.com

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan The Red Warriors akan menentang Pelita Jaya FC dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Perlawanan dijangkakan berlangsung pada hari Sabtu, 2 Julai 2011 bermula jam 8.45 malam.

Menurut Presiden KAFA lagi, empat pemain import dari beberapa negara turut akan memperkuatkan pasukan Kelantan sempena perlawanan tersebut.

Pemain Kelantan diharapkan dapat memberikan aksi menarik disamping menimba pengalaman sebaik mungkin menentang pasukan yang berada di kedudukan ke-13 Liga Super Indonesia itu nanti.


Selain mempunyai beberapa pemain ternama, Pelita Jaya FC juga diperkuatkan dengan kehadiran penyerang kebangsaan, Safee Sali.

Selain itu, Persatuan Induk Bola Sepak Kelantan turut akan melancarkan secara rasminya Liga Akademi Al-Hamra Red Warriors (ARMY) pada hari perlawanan persahabatan itu nanti.

Para peminat dan penyokong berpeluang menyaksikan secara percuma perlawanan persahabatan Kelantan menentang Pelita Jaya jika mereka mempunyai keratan perlawanan Liga Super menentang Perak dan perlawanan persahabatan Malaysia menentang Myammar.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: