Sokong Page 100k Anti Rasuah Bola Sepak Malaysia.



RedsFCnews menyokong penuh usaha yang dilakukan beberapa pihak di laman Facebook berkempen untuk memerangi gejala rasuah dalam sukan bola sepak Malaysia.

Sukan kegemaran ramai kini mula dilanda isu rasuah yang berlarutan sehingga menenggelamkan seketika kehebatan liga Malaysia yang mula mendapat tempat di hati peminat.

Siapa sangka, era kebangkitan selepas jatuh merudum pada awal 1990 an kembali dengan cerita sedih tidak sampai dua tahun.

Entah dimana silapnya, gejala tidak bermoral dikatakan berleluasa di semua peringkat.

Bukan sahaja Liga Piala Presiden yang terkena anasir buruk ini malahan dilaporkan di dalam media massa tanah air bahawa skuad negara turut disabitkan dengan kegiatan murahan tersebut.

Apa sudah jadi kepada para pemain yang secara terang-terangan telah melakukan pengkhianatan dalam kerjaya bola sepak mereka.

Justeru itu, RedsFCnews menyeru semua pihak untuk sama-sama bersama dengan halaman Facebook 100k anti rasuah sukan bola sepak Malaysia. [ Klik untuk Link Page ]

Nyatakan sokongan anda segera sebelum terlambat.

Perangi rasuah untuk sukan Bola Sepak.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: