Final FA 2011: Penganjur Perlu Letak Lebih Petugas.

Kecewa dengan petugas keselamatan.

Begitulah nada yang disuarakan segelintir pihak semasa perlawanan Piala FA membabitkan Terengganu dan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin.

Banyak kepincangan melibatkan petugas keselamatan menyebabkan berlaku perkara tidak enak kepada para penyokong kedua-dua pasukan.

Paling terasa ialah sewaktu Setiausaha Kelab Penyokong Induk Bola Sepak Kelantan (Super Warriors), Harun Ali didapati pengsan kerana mengalami sesak nafas.

Pihak petugas dari Saint John dan lain-lain kelihatan tidak mengambil tindakan pantas walaupun beberapa kali menerima desakan.

Lebih menyedihkan, pemandu Ambulan dilihat tiada pada tempat yang sepatutnya untuk membawa para pesakit ke Hospital dengan segera menyebabkan mangsa terpaksa menunggu dengan kadar lama.

Paling malang, Harun Ali terpaksa diberi bantuan kecemasan oleh pihak penyokong sendiri manakala pegawai polis hanya dilihat berbual didalam bilik ketika saat cemas tersebut.

Justeru itu, pihak penganjuran lain kali seharusnya lebih peka menjaga keselamatan para penyokong yang hadir dengan menempatkan lebih banyak anggota keselamatan yang bertugas.

Kejadian ini sememangnya mendukacitakan dan pihak penganjuran diminta jangan hanya menjaga di dalam stadium sahaja.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 ulasan:

Bulove said...

abe harun duk tikat berapo doh?duk dekat ng ultras ke?