Hardi Nafi Ke Kelantan 2012


Pemain sensasi dari Selangor, Hardi Jaafar menafikan akan menyertai Kelantan pada musim hadapan.

Hardi jelas terkejut dengan khabar angin ketika ditanya akan kehadiran dirinya kedalam skuad Kijang kerana musim yang dihadapi ketika ini masih belum tamat.

Menurut pemain tengah Gergasi Merah sewaktu dihubungi RedsFC-News sebentar tadi, kehadirannya ke Kelantan adalah tidak benar sama sekali.

Dia sendiri tidak mengetahui sama ada KAFA ada membuat tawaran kepadanya untuk menyarung jersi The Red Warriors.

Baginya, mungkin cakap-cakap yang berlegar di minda penyokong merupakan khabar angin sahaja yang dibuat oleh pihak di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Ditanya adakah berminat untuk menyertai Kelantan andai diberi tawaran, Hardi menjelaskan bahawa dia ada memikirkan untuk menyertai Sang Kijang namun terpaksa dilupakan seketika kerana mempunyai banyak perkara yang belum diselesaikan di Kuala Lumpur.
Share on Google Plus

About Moderator

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: