International Friendly: Jom Penuhkan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV.

RedsFC
RedsFCnews@gmail.com

Penyokong Kelantan dan semua peminat pasukan bola sepak Malaysia diseru memenuhkan segenap penjuru Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu untuk melaungkan sorakan sokongan kepada pasukan negara.

Malaysia yang akan turun selaku tuan rumah menentang Myammar memerlukan sokongan padu peminat untuk mencatatkan kemenangan seterusnya memperkukuhkan persiapan mereka sebelum menyertai saingan kelayakan Piala Dunia.

Ketika ini dikhabarkan sambutan hambar ditunjukkan semua peminat terhadap penjualan tiket perlawanan.

Walaupun KAFA dan FAM dilihat belum menekan butang panik untuk menarik para penyokong memenuhkan Stadium keramat Perwira Merah.

Pihak RedsFC-News menyeru semua penyokong setia pasukan Kelantan turun beramai-ramai untuk mendukung "Timnas Malaysia".


Sokongan penyokong penting bukan sahaja menaikkan semangat dan moral pemain negara malah bakal mengharumkan nama negeri kepada pihak di luar sana bahawa kefanatikan mereka bukan semata-mata untuk Kelantan  tetapi melibatkan skuad Malaysia.

Penuhkan kawasan stadium dengan lautan Hitam Kuning.

Para peminat boleh mendapatkan tiket dengan segera di kaunter tiket yang disediakan KAFA dengan harga Rm5, Rm15, Rm30 dan Rm50.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: