Kelantan Tewaskan President Warriors.

Penulis: RedsFC



President Warriors hampir mengejutkan pasukan senior sebelum tunduk 1-3 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, petang tadi.

Bemain dalam keadaan cuaca panas nyata memberi kelebihan buat pasukan muda Sang Kijang untuk mengatur beberapa gerakan merbahaya kearah kubu Kelantan.

Seawal minit pertama Norhamizi Haron melakukan tandukan tepat kearah pintu gol hasil satu sepakan sudut pantas namun Mohd Shahrizan lebih bersedia menepis keluar sebelum dikeluarkan oleh pemain pertahanan Kelantan.

Pada minit ke-3, Solehin Kanasian mendapat satu peluang didalam kotak penalti namun sepakan pemain ini mudah dibaca penjaga gol, Mohd Syazwan.


Seminit selepas itu, Norhamizi Haron melepaskan satu sepakan deras dari sebelah kiri tetapi turut tersasar.

Minit ke-6, Aris Zaidi melepasi perangkap offside namun sepakan deras hasil situasi 1 lawan 1 dengan Mohd Shahrizan berkesudahan diselamatkan penjaga gol Kelantan tersebut.

Peluang terbaik untuk mendahului President Warriors pada minit ke-15 turut gagal setelah sepakan deras Shakir dari luar kotak penalti mudah ditangkap Mohd Syazwan.

Nidzad Ayub pula hanya menyepak lemah walaupun tidak dikawal dalam kotak penalti hasil hantaran lintang cantik Wan Zaman pada minit ke-18.


Pemain Piala Presiden tidak ketinggalan dengan peluang dimiliki Aris Zaidi dimana tandukan bebas pemain ini pada minit ke-27 berjaya dibaca Shahrizan.

Manakala dua cubaan Mohd Badri Radzi pada minit ke-32 dan 35 turut tersasar.

Bersambung babak kedua, Mohd Izuan Rosli terlebih dahulu melakukan percubaan awal pada minit ke-49 namun sedikit keluar.

Seminit selepas itu, kesilapan Norsyahrul Hawari menghantar bola ke belakang mengundang padah selepas Mohd Izuan Salahudin memanfaatkan dengan satu larian pantas sebelum menyepak masuk menewaskan Mohd Syazwan.


Izuan Salahudin hampir menambah gol pada minit ke-51 selepas melepasi perangkap offside namun cubaan kaki kiri melambung keluar dari pintu gol President Warriors.

President Warriors tidak berputus asa ketinggalan satu gol setelah mendapat dua peluang terbuka didepan pintu gol Kelantan melalui Norsyahrul Hawari dan Mohd Azmi Hamzah namun penjaga gol Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail berada di kedudukan tepat untuk menafikan percubaan dekat dua pemain ini.

Kegagalan pemain muda menjaringkan gol memberi peluang kepada Ramzul Zahini mengandakan kedudukan pada minit ke-66 selepas penyerang Kelantan ini menyambut baik hantaran Khalid Jamlus untuk disudahkan dengan sepakan leret kedalam pintu gol President Warriors.

Usaha berterusan President Warriors membuahkan hasil setelah Wan Rohaimi mengasari Aris Zaidi di dalam kotak penalti dan pemain ini sendiri menyempurnakan sepakan untuk merapatkan jurang kepada 2-1 pada minit ke-74.


Terkejut dengan gol Aris, pemain Kelantan memperkemaskan rentak dengan melakukan beberapa gerakan menarik kearah pintu gol pihak lawan namun cubaan dan gerakan mereka sering tersekat dengan kekebalan barisan pertahanan yang diketuai Nik Shahrul Azim.

Tanpa disangka-sangka, hasil satu serangan balas pada minit ke-88, Aris Zaidi hampir menyamakan kedudukan namun sepakan "half volley" pemain ini terkena tiang gol selepas sempat dikuis Shahrizan sebelum disepak keluar Rizal Fahmi Rosid.

Kelantan mengesahkan kemenangan mereka keatas pasukan "adik" dengan jaringan Ramzul Zahini Adenan selepas menyambung masuk hantaran cantik Khalid Jamlus dari sebelah kiri pada minit ke-3 masa tambahan.

Kesebelasan Pemain.

Kelantan: M. Karathu.
Mohd Shahrizan Ismail, Rizal Fahmi Rosid, Wan Rohaimi Ismail, Aziz Ismail, Wan Zaman (Daudsu Jamaludin), Khairan Eroza (Zairul Fitree), Shakir Shaari (Zulyusri Che Harun), Badri Radzi (Khalid Jamlus), Izuan Salahudin,Solehin Kanasian (Daniel Fadzly) dan Nidzad Ayub (Ramzul Zahini Adenan).

President Warriors: Zahasmi Ismail.
Mohd Syazwan (Norhadi Ubaidillah), Nik Mohd Shahrul Azim, Tuan Norhafizie (Bahaman), Zamri Ramli (Syafiq Haikal), Faizol Nazlin, Norsyahrul Hawari, Norhamizi Haron (Azmi Hamzah), Zabeel Mohd Nor (Shahiran Mohd Zain), Mohd Izuan Rosli, Mohd Farhan Yaacob (Azyu Ikmal) dan Aris Zaidi.

Statistik Perlawanan.

Gol
Kelantan 3-1 President Warriors

Percubaan
Kelantan 18 [ 9 ]- [ 7 ] 14 President Warriors

Sepakan Sudut
Kelantan 6-2 President Warriors

Sepakan Percuma
 Kelantan 21-18 President Warriors
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: