PKNS tak setuju play-off



TIDAK adil! 
Itu reaksi Presiden Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC), Roslan Baharuddin sekiranya pasukannya yang memenangi kejuaraan Liga Perdana pada musim ini terpaksa mengharungi perlawanan penentuan (play-off) untuk ke Liga Super 2012.

“Sepatutnya sebarang perubahan format perlu dimaklumkan pada awal tahun. Kami sudah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk membuat persiapan bagi membolehkan skuad musim ini memenangi kejuaraan.

“Namun saya sendiri sudah mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin pada Selasa lalu yang sudah berjanji untuk cuba menyelesaikan perkara ini sebaik mungkin dan memperjuangkan hak kami,” katanya semalam.

Selangor PKNS dan Sarawak yang muncul juara dan naib juara Liga Perdana musim ini melahirkan kebimbangan mereka mengenai cadangan terbaru pihak Malaysian Super League yang mahu mengurangkan pasukan yang bersaing dalam Liga Super kepada 12 berbanding 14 pada musim ini.

Ia seterusnya mencetuskan persoalan berhubung jumlah pasukan dari Liga Super yang terpaksa diturunkan serta dua tiket dari Liga Perdana yang kebiasaannya diberikan secara automatik.

“Kami memang mengharapkan tiket automatik dan masih belum memutuskan tindakan seterusnya jika gagal mendapatnya.

“Sebarang tindakan daripada kami hanya akan dilakukan selepas mesyuarat exco FAM membuat keputusan berhubung perkara itu,” katanya.

Kelmarin, Hamidin yang juga pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM menjelaskan semua pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia perlu akur dengan sebarang ketetapan badan induk bola sepak negara itu.

PKNS yang dibimbing bekas jurulatih kebangsaan, Abdul Rahman Ibrahim menjuarai Liga Perdana 2011 ketika aksi berbaki tiga perlawanan dan sehingga kini masih mengekalkan rekod tanpa kalah selain meledak 49 gol dan hanya bolos lima gol.

Sumber: HMetro
Share on Google Plus

About Moderator

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: