Penolong jurulatih President Warriors, Nafuzi Zain yakin Kelantan dapat melayakkan diri ke separuh akhir Piala Presiden 2011.
Ketika dihubungi RedsFC-News di Laman Sosial Facebook, Nafuzi melaungkan keyakinan penuh anak buahnya mampu menewaskan Johor dalam perlawanan pertama di Kota Bharu.
Beliau turut menegaskan, jika pemain dapat menampilkan corak permainan sebenar, tidak mustahil impian layak ke pusingan empat terbaik cerah.
Ditanya tentang Mohd Izuan Salahudin, tonggak pasukan yang kini beraksi di skuad senior, Nafuzi menjelaskan pemain ini tidak dapat beraksi kerana mengalami kecederaan dalam sesi latihan.
Kehilangan Izuan mungkin menjejaskan rentak pasukan tuan rumah namun pengantinya sebelum ini seperti Mohd Farhan Yaacob dan Norsyahrul Hawari dilihat mampu menggalas tugas untuk mengejutkan pasukan pelawat.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 ulasan:
Post a Comment