Saingan Suku Akhir Pertama Piala Presiden di gelanggang sendiri menjadi penentu aras sama ada President Warriors mampu merealisasikan impian mereka bergelar juara 2011.
Siapa sangka, skuad serba baru digarap khas Zahasmi Ismail dengan bantuan Hamid Ramli dan Nafuzi Zain berjaya melepaskan diri ke pusingan kalah mati selepas beberapa tahun gagal melakukannya.
Menjadi persoalan, adakah semua pemain yang bakal diletakkan dalam senarai 18 pemain utama sudah bersedia melakukan kejutan seperti mana abang mereka lakukan pada tahun 2005.
Semua pihak terkejut dengan kebangkitan mendadak Sang Kijang dalam saingan Liga Simpanan termasuk mengungguli takhta dengan jurang besar setelah hanya tewas sekali dari 20 perlawanan.
Justeru itu, harapan besar diletakkan di bahu mereka untuk mengegarkan gawang Johor sebagai bekalan selesa untuk bermain di gelanggang lawan penghujung Jun ini.
Mahu atau tidak, President Warriors harus mencari sekurang-kurangnya kelebihan tiga jaringan untuk mengelakkan tertekan di hadapan penyokong lawan dalam suku akhir kedua.
Harapan disandarkan kepada barisan pengempur berbisa diketuai Aris Zaidi, Mohd Farhan Yacob dan Mohd Khairul Izuan Rosli.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 ulasan:
Post a Comment