Prebiu Perlawanan Suku Akhir Piala Presiden 2011 - Kelantan vs Johor.

Selepas lebih dua minggu berehat dari sebarang perlawanan kompetetif, pemain President Warriros bakal turun di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu menentang Johor dengan tekad mencari bekalan selesa sebelum perlawanan timbal balik.


Dijadualkan menentang jagoan Selatan, skuad bimbingan Zahasmi Ismail perlu mengenepikan rasa gemuruh untuk mengejutkan pasukan pelawat.

Bermain di gelanggang sendiri dengan jangkaan kehadiran ribuan penyokong termasuk Kelab Penyokong Induk Bola Sepak Kelantan dan Ultras The Red Mania, President Warriors harus kekal fokus sepanjang masa perlawanan.

Berbeza dengan kem Johor, perjalanan jauh ke Pantai Timur harus ditebus dengan keputusan berbaloi sementelah pula mereka terpaksa menghadapi saingan sengit peringkat kumpulan sebelum layak.

Harapan menggunung turut disuarakan ahli Kelab Penyokong mereka untuk melihat skuad muda ini mampu mengembalikan kegemilangan bola sepak Johor yang merudum jatuh sejak tiga tahun terakhir ini.

Untuk rekod pertemuan, tiada carian keputusan lalu dijumpai dan tidak banyak diketahui akan maklumat berkaitan pasukan Johor.


Namun berdasarkan analisis semasa, pasukan Jengking Muda bukan skuad mentah kurang pengalaman walaupun menamatkan peringkat kumpulan di kedudukan ke-empat.

Bagi jurulatih Kelantan kepada pihak media, kekuatan pasukan lawan tidak diketahui kerana berbeza kumpulan namun kehebatan lawan tidak boleh dipandang enteng kerana mampu menjaringkan banyak gol.

Berbalik kepada kesebelasan utama pasukan, dijangka Zahasmi Ismail akan melakukan sedikit perubahan andai Mohd Izuan Salahudin benar mengalami kecederaan seperti yang diperkatakan Nafuzi Zain. Kemungkinan Mohd Farhan Yaacob kekal bermain di bahagian sayap dengan jentera serangan diketuai Aris Zaidi dan juga Azyu Ikmal.


Zahasmi mempunyai banyak pilihan serangan kerana masih mempunyai Izuan Rosli, Akid Ramli, Shahirran Zain dan juga Zamri Ramli. Walau Zamri dan Izuan lebih banyak bermain di posisi tengah, kelibat dan pengalaman kedua-dua pemain di peringkat senior boleh membantu pasukan memburu jaringan gol.

Jentera tengah, Syawalrudin dan Norsyahrul Hawari diberi tugasan maha berat untuk mengucar-kacir benteng pertahanan pasukan lawan manakala Norhamizi Haron melengkapkan bahagian tenga dengan larian pantas disebelah sayap kiri.

Bahagian pertahanan, Nik Shahrul Azim selaku keta pasukan terus mengetuai pasukan bersama Syafiq Haikal, Tuan Mohd Norhafizie serta Zabell Mohd Nor selepas Faiz Suhaimi masih dilanda kecederaan. Manakala Azmi Hamzah mungkin masuk selaku pemain gantian bersama Faizol Nazlin Sayuti.


Tugas berat kepada barisan pertahanan untuk bersama Judtanna Eh Put di bahagian penjaga gol menyekat pemain lawan terutamanya penjaring tegar, Mohd Rafef Raya.

Walau bagaimana bagai, tiga gol tanpa dibolosi harus menjadi target utama skuad Piala Presiden Kelantan malam ini.

Sedikit kesilapan bakal membawa padah. Paling utama, mereka harus menguatkan mental selain menyerap tekanan serangan lawan untuk mengelakkan tertekan.

Suasana gemuruh sorakan penyokong akan menyukarkan pergerakan tetapi mereka perlu membiasakan diri andai mahu menjadi pemain yang akan menggalas tugasan masa depan pasukan negeri.

Sumber Gambar:
JENGKING FAN CLUB - Jengking Junior 2011

Epick Pique
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: