President Warriors Harungi Aksi Terakhir.

Aksi Persahabatan President Warriors melawan Kelate Dot Net KB.
Selepas mengesahkan tempat mereka selaku juara kumpulan A selain menempah slot automatik ke saingan suku akhir Liga Piala Presiden 2011, President Warriors akan menghadapi perlawanan terakhir menentang Sekolah Sukan Bandar Penawar, petang ini.

Perlawanan dijangka berlangsung di Stadium Kejora, Bandar Penawar bermula jam 4.45 petang.

Walaupun sudah tidak mendatangkan sebarang makna kepada kedua-dua pasukan, pertemuan maruah mungkin di persembahkan barisan bakat muda kedua-dua pasukan dalam perlawanan terakhir tersebut.

Kedua-dua pasukan tentu tidak mahu menamatkan saingan liga dengan kekalahan.

Di pihak Kelantan, tempoh cuti rehat digunakan sebaik mungkin dengan mengadakan dua perlawanan persahabatan melawan pasukan senior dan Kelab Penyokong Siber Kelantan, Kelate Dot Net, baru-baru ini.

Selain itu, pihak pengurusan Liga Simpanan Kelantan dijangka akan menurunkan barisan simpanan sahaja dalam perlawanan ini bagi mengelakkan berlakunya sesuatu kepada pemain utama sebelum perlawanan suku akhir.

S.S.B.P turut tidak terkecuali mempersiapkan sebaik mungkin pasukan mereka untuk mengharungi saingan terakhir ini. Bagi mereka, walaupun kemenangan tidak mampu mengubah kedudukan dalam saingan Liga, mereka mesti menjadi pasukan kedua selepas Sabah menewaskan pasukan Kelantan.

Tiga mata harus dicari dan tidak boleh mereka lepaskan. Sementelah pula beraksi di tempat sendiri memberi banyak kelebihan dari segi fizikal kepada pemain sekolah sukan tersebut.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: