President Warriors Optimis Saingan Suku Akhir Pertama.

Skuad President Warriors optimis peluang mereka untuk layak ke saingan akhir dalam kancah Piala Presiden 2011.

Perkara ini disuarakan sendiri Pengurus Pasukan, Datuk Zakaria Othman akan peluang pasukan muda Kijang ketika ditemui pihak media, kelmarin.


Menurutnya, setelah sekian lama gagal menempatkan diri di pusingan kalah mati, kali ini mereka tampil bergaya untuk berada dalam senarai lapan pasukan terbaik.

Berdasarkan rekod cemerlang peringkat kumpulan, Pengurus Pasukan Kelantan tersebut yakin President Warriors mampu menewaskan Johor dan layak ke separuh akhir.

Mereka mengenepikan cabaran Sabah, Johor FC dan Perak untuk kekal di persada liga seterusnya menempah saingan suku akhir.

Dibarisi nama-nama berpengalaman luas dalam Liga Malaysia, Kelantan dilihat mempunyai kelebihan besar untuk melayakkan diri.

Namun, para pemain Kelantan perlu lebih fokus dan tidak leka dengan serangan pihak lawan.

Datuk Othman juga menaruh keyakinan tinggi dengan prestasi semasa yang ditunjukkan semua pemain. Kita harap pemain dapat menunaikan hasrat mara ke perlawanan akhir dan muncul johan.

Ketika ini, semua pemain sedang giat mengadakan sesi latihan di Padang Mardi, Chicha setiap hari dalam rangka persiapan pasukan sebelum perlawanan menentang Johor dikendalikan ketua jurulatih, Zahasmi Ismail dan pembantu, Nafuzi Zain.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: