Dua pemain Kelantan, Mohd Shakir Shaari dan Mohd Farisham Ismail antara muka baru dipilih menyertai skuad negara untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan.
Kematangan yang ditunjukkan kedua-dua pemain ini ketika diturunkan dalam perlawanan persahabatan melawan Myammar, baru-baru ini nyata memikat barisan kejurulatihan Kebangsaan.
Pemilihan dua pemain ini melengkapkan pemain Kelantan sedia ada dalam skuad negara iaitu Khairul Fahmi Che Mat, S. Chanturu dan Norshahrul Idlan Talaha.
Seorang lagi pemain Sang Kijang, Rizal Fahmi Rosid bagaimanapun tidak tersenarai dalam senarai 23 pemain yang akan membawa cabaran menentang Taiwan nanti.
Nyata pemilihan dua pemain ini dalam kesebelasan skuad negara mengundang pujian ramai selepas Farisham dan Shakir menunjukkan prestasi mantap sepanjang mewakili pasukan negara.
Farisham yang beraksi selaku bek tengah berjaya mengemudi jentera pertahanan dengan baik manakala Shakir menonjolkan ketenangan mengawal kawasan tengah dengan berkesan.
Disiplin tinggi serta diyakini mampu membawa cabaran negara ke peringkat lebih tinggi memberikan kelebihan kepada mereka untuk dipilih pengendali Malaysia, Datuk K.Rajagobal.
Home / HARIMAU MALAYA /
KELANTAN /
KELAYAKAN PIALA DUNIA. /
MALAYSIA
/ Shakir, Farisham Perkuat Skuad Negara.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 ulasan:
Post a Comment