Skuad Olimpik Malaysia Ikat Lebanon.


Skuad Olimpik Kebangsaan mencerahkan peluang ke peringkat seterusnya apabila berjaya mengikat Lebanon 0-0 di Stadium Sport City, Beirut, malam tadi.

Deretan peluang terhidang untuk kedua-dua pasukan gagal disudahkan memaksa perlawanan ditentukan dalam perlawanan kedua di Kuala Lumpur, 23 Jun ini.

Bermain dalam keadaan cuaca panas, Malaysia bermula garang dengan melakukan cubaan pertama melalui Wan Zack Haikal namun penjaga gol Lebanon lebih bersedia untuk menyelamatkan keadaan.


Lebanon mendapat peluang pertama melalui sepakan volley Mohammad Dakramanji dari luar kotak penalti namun percubaan tersebut sedikit tersasar.

Izzat Faris turut hampa selepas itu setelah hantaran silang cantik Fandi Othman gagal disudahkan kedalam jaring walaupun berada dalam kedudukan tidak dicabar pertahanan Lebanon.

Kem Lebanon kecewa selepas Mahmoud Kojok gagal menyempurnakan peluang satu lawan satu dengan Khairul Fahmi Che Mat selepas bijak melepasi kawalan pemain pertahanan Malaysia.

Pada babak kedua, Malaysia terlebih dahulu mendapat peluang melalui gerakan satu dua Irfan Fazail namun Izzat Faris gagal menahan kemas hantaran pemain ini didalam kotak penalti pada minit ke-53.

Pada minit ke-62, Wan Zack Haikal mendapat satu hantaran jauh dari kawasan tengah melepasi kawalan dua pertahanan Lebanon namun sepakan kencang berjaya ditumbuk keluar penjaga gol Lebanon.

Selang beberapa minit selepas itu, Wan Zack menerima satu lorongan baik dari K. Gurusamy namun penjaga gol Lebanon terus menjadi penghalang.


Selepas percubaan tersebut, Lebanon dilihat menguasai perlawanan dengan melakukan beberapa gerakan bahaya kearah pintu Gol Malaysia tetapi ketumpulan penyudah menjadi punca kegagalan tuan rumah menjaringkan gol.

Banyak peluang keemasan yang diperoleh Lebanon disia-siakan pemain penyerang mereka.

Ketika perlawanan memasuki minit-minit akhir, Syahrul Azwari yang masuk mengantikan Fandi Othman hampir meletakkan Malaysia didepan namun larian pantas dari kawasan tengah berjaya dipintas pertahanan Lebanon untuk mengekalkan kedudukan 0-0 sehingga wisel penamt dibunyikan.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: