Stadium Keramat Bertaraf Antarabangsa.


Tuduhan liar mengatakan Stadium Sultan Muhamad sudah buruk dan tidak sesuai digunakan untuk sebarang perlawanan pantas dinafikan oleh peminat setia The Red Warriors.

Penafian mereka akhirnya berbaloi apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersetuju untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan antarabangsa di sana.

Akhirnya, selepas dua minggu menanti, para peminat setia akhirnya dapat berbangga selepas perlawanan yang julung kali diadakan bukan sahaja menarik sejumlah penyokong yang ramai malahan menerima pujian menggunung dari kebanyakan pemain dan pengurusan skuad kebangsaan.

Jika dilihat pada senario semasa, benar stadium Kelantan kelihatan buruk dan sudah lapuk dimamah usia namun dengan komitmen semua pihak, ia berjaya dipertahankan untuk menjadi venue paling meriah dalam Liga Malaysia.


Dengan kehadiran ramai peminat ke stadium menyaksikan perlawanan antarabangsa walaupun dihalang dengan keadaan cuaca yang kurang baik, ia tidak membantutkan minat ramai untuk sama-sama mencatatkan sejarah 21 tahun Liga Profesional negara.

Kehadiran mereka turut mencipta fenomena baru dimana Persatuan Negeri dapat menganjurkan dengan gemilang setiap perlawanan membabitkan sukan antarabangsa jika semua pihak tidak kira Kerajaan negeri, persatuan dan para penyokong terus mendukung semangat kesukanan yang tinggi.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: