Analisis Perlawanan Separuh Masa Pertama: Malaysia 1-1 Liverpool.



Kedudukan Semasa Harimau Malaya 1-1 Liverpool.
Gol Malaysia: Safiq Rahim (m44) Gol Liverpool: Charlie Adam (pen m28)

Malaysia bermain dengan baik pada awal permainan namun hilang tumpuan bila Liverpool mula mengawal kawasan tengah. The KOP menggunakan sepenuhnya Meireles dan Joe Cole untuk mengucar kacirkan pertahanan Malaysia selain banyak hantaran lintang berjaya dilakukan Charlie Adam kedalam kawasan pasukan kebangsaan  memaksa pertahanan skuad negara melakukan kekasaran tidak perlu kepada Andy Carrol. Gol penalti Adam merupakan penalti kelas dunia kerana walaupun terpaksa melakukan dua sepakan penalti selepas sepakan pertama dibatalkan, pemain terbaru Liverpool tersebut jelas tenang menyempurnakan ke sudut kanan gol Malaysia.

Selepas gol tersebut, Liverpool mempunyai dua atau tiga peluang untuk menambah jaringan namun percubaan lemah mereka melalui Meireles, Carriol mudah diselamatkan Sharbinee selain pertahanan Malaysia diketuai Mahali dan Fadzli Shas pantas mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Walaupun menerima asakan bertali arus, Malaysia kerap kali juga melakukan serangan melalui Badrol dan Safiq Rahim manakala Hadi serta Fakri dilihat sukar bergerak kerana dikawal rapi Caragher dan pertahanan Liverpool lain.

Namun begitu, Malaysia ternyata menggunakan peluang yang diberikan selepas Safiq Rahim berjaya menyempurnakan sepakan percuma kencang dari luar kotak penalti mengejutkan pemain dan pihak pengurusan Liverpool serta penyokong Malaysia.

Secara keseluruhannya, Malaysia gagal mengawal kawasan tengah kerana hantaran yang dilakukan sering tersekat dan dipintas pemain Liverpool. Pemain juga hanya melakukan larian tanpa mengawal dengan baik bola serta hantaran terlalu kuat kepada pemain diatas. Pertahanan Malaysia juga seringkali kelam kabut apabila hantaran keluar dari kawasan kotak penalti pantas dirampas Liverpool untuk serangan berterusan kearah kubu Harimau Malaya. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: