President Warriors Road To Final.


Seperti yang kita ketahui, skuad President Warriros Kelantan telah melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Presiden selepas menumpaskan Selangor PKNS Fc dengan agregat 2-0 dalam penentuan separuh akhir.


Dibarisi skuad muda yang dipilih khas oleh Zahasmi Ismail melibatkan bakat-bakat muda seluruh negeri Kelantan, President Warriors mengenepikan ramalan pengkritik mereka akan tumpas seawal peringkat kumpulan.

Mereka bukan sahaja mencatatkan deretan kemenangan malah hanya tewas dua kali sepanjang 24 perlawanan dari peringkat kumpulan sehingga ke saingan empat terbaik. Siapa sangka pemain muda ini menunjukkan aksi cemerlang dan memberangsangkan untuk muncul antara dua pasukan terbaik bertarung memburu kejuaraan peringkat umur.

Justeru itu, disini RedsfcNews sediakan keputusan perlawanan melibatkan skuad President Warriors menuju ke perlawanan akhir kejohanan Liga Piala Presiden Malaysia 2011 beserta penjaring setiap perlawanan.

Peringkat Liga

10 Februari 2011
Kelantan 1-0 Johor FC
Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.
Penjaring: Aris Zaidi

17 Februari 2011
Sabah 3-0 Kelantan
Stadium Likas

21 Februari
Kelantan 2-1 Kedah
Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.
Penjaring: Aris Zaidi dan Faiz Suhaimi.

24 Februari 2011
Perlis 1-1 Kelantan
Stadium Utama Negeri, Kangar
Penjaring: Mohd Izuan Salahudin.

7 Mac 2011
Kelantan 2-0 Selangor
Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.
Penjaring: Aris Zaidi dan Tuan Mohamad Norhafizie.

14 Mac 2011
Pulau Pinang 1-2 Kelantan
Stadium Mini Bertam, Kepala Batas.
Penjaring: Aris Zaidi dan Farhan Yaacob.

17 Mac 2011
Kelantan 1-1 Perak
Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.
Penjaring: Mohd Izuan Salahudin.

21 Mac 2011
T-Team 2-3 Kelantan
Padang C, KSN, Gong Badak.
Penjaring: Izuan Rosli, Aris Zaidi dan Farhan Yaacob

24 Mac 2011
Kelantan 4-0 SSBP
Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.
Penjaring: Tuan Mohamad Norhafizie, Farhan Yaacob, Azyu Ikmal (2 Gol)

28 Mac 2011
KL Sime Darby 1-1 Kelantan
Stadium Mini Petronas, Bangi.
Penjaring: Tuan Mohamad Norhafizie.

(Pusingan Kedua)

31 Mac 2011
Kelantan 4-1 KL Sime Darby
Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu
Penjaring: Faiz Suhaimi, Farhan Yaacob, Izuan Rosi dan Azyu Ikmal.

7 April 2011
Johor FC 0-0 Kelantan
Stadium J'Corp Pasir Gudang.
Penjaring: - 

14 April 2011
Kelantan 2-1 Sabah
Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu
Penjaring: Azyu Ikmal (2 Gol)

21 April 2011
Kedah 0-2 Kelantan
Stadium Darul Aman, ALor Setar
Penjaring: Zamri Ramli dan Faiz Suhaimi.

28 April 2011
Kelantan 3-0 Perlis
Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu
Penjaring: Izuan Rosli (2 Gol) dan Farhan Yaacob.

5 May 2011
Selangor 1-2 Kelantan
Stadium Shah Alam
Penjaring: Khairul Izuan Rosli dan Azmi Hamzah.

19 May 2011
Kelantan 7-1 Pulau Pinang
Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu
Penjaring: Farhan (2 Gol), Norhamizi, Azyu, Zamri, Shahiran dan Aris Zaidi.

26 May 2011
Perak 1-2 Kelantan
Stadium Ipoh, Perak.
Penjaring: Izuan Rosli dan Manaf Mansor.

30 May 2011
Kelantan 5-0 T-Team FC
Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu
Penjaring: Aris Zaidi (2 Gol), *Humaidi Adzmi, Norsyahrul Hawari dan Izuan Rosli
* Gol sendiri

2 Jun 2011
SSBP 2-5 Kelantan
Stadium Kejora Bandar Penawar.
Penjaring: Azyu Ikmal (2 Gol), Syawalrudin, Shahiran dan Zamri.



Berikut adalah kedudukan akhir yang dikeluarkan pihak http://www.malaysiansuperleague.com dengan President Warrriors mencatatkan 15 kemenangan, 4 seri dan sekali tewas dalam saingan peringkat liga untuk muncul juara kumpulan A.

Dari keseluruhan perlawanan yang mereka hadapi pada saingan Liga, President Warriors gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan iaitu tewas 0-3 kepada Sabah dan seri 0-0 dengan Johor. Kedua-dua perlawanan berlangsung di venue lawan.

Sebelas pemain Kelantan meletakkan nama mereka dalam senarai penjaring dengan Aris Zaidi, Izuan Rosli, Azyu Ikmal dan Farhan Yaacob mengetuai senarai penjaring jumlah keseluruhan sebanyak 51 gol.

Peringkat suku akhir

25 Jun 2011
Kelantan 2-0 Johor
Stadium Sultan Muhamad Ke-IV
Penjaring: Farhan Yaacob dan Zamri Ramli

30 Jun 2011
Johor 2-1 Kelantan
Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos
Penjaring: Aris Zaidi.

Kelantan layak ke suku akhir bertemu pasukan tangga keempat kumpulan B, Johor. Pada perlawanan pertama di Kota Bharu, Kelantan diberi tentangan sengit sebelum menang 2-0 dan perlawanan timbal balik di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Kelantan hampir disingkirkan lawan namun Aris Zaidi muncul wira dengan 1 jaringan untuk menewaskan pihak lawan 3-2 secara agregat.

Peringkat Separuh Akhir

7 Julai 2011
Kelantan 2-0 PKNS
Stadium Sultan Muhamad Ke-IV
Penjaring: Izuan Rosli (2 Gol)

14 Julai 2011
PKNS 0-0 Kelantan
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
Penjaring: -

Seperti perlawanan suku akhir, Kelantan turut menewaskan PKNS 2-0 di gelanggang sendiri hasil dua jaringan Mohd Khairul Izuan Rosli. Dua gol yang diperoleh pada saat akhir melalui situasi bola mati. Ternyata dua gol tersebut membantu President Warriors layak ke final selepas timbal balik yang dilangsungkan di Kelana Jaya berkesudahan seri tanpa jaringan.

Perlawanan Akhir

Kelantan vs MP Muar

Kelantan dijangka menentang kelab MP Muar dalam perlawanan akhir Piala Presiden 2011 pada 22 Julai selepas kelab dari Selatan tersebut mengenepikan saingan Sekolah Sukan Bukit Jalil dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. MP Muar bukan calang pasukan kerana dibarisi dengan pemain muda berpengalaman luas dalam sukan bola sepak tempatan. Direkrut dari beberapa pemain berasal dari Kelantan dan Terengganu, mereka menjadi pasukan berbisa pada tahun ini untuk menempah pertemuan akhir dengan Kelantan pertengahan bulan nanti. Venue perlawanan akhir masih belum ditetapkan Persatuan Bola Sepak FAM.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: