Apa Khabar, B. Sathianathan.

Enam bulan sudah berlalu, tetapi khabar berita berkaitan penamatan tempoh pengantungan bekas ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan masih belum kedengaran.


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) begitu kuat mencanangkan pada permulaan musim tempoh hari pasukan Kelantan perlu mencari jurulatih baru kerana Sathia terpaksa menjalani hukuman enam bulan yang telah ditetapkan.

Tetapi kini, tempoh pengantungan sudah berlalu tetapi pihak persatuan induk masih senyap dengan perkara ini.

Ramai penyokong Kelantan tertanya-tanya status jurulatih yang mencipta sejarah membawa The Red Warriors muncul pemenang kali pertama Piala Malaysia, akhir tahun 2010 tempoh hari.

Adakah beliau sudah dilepaskan dari pengantungan, ataupun masih mempunyai baki pengantungan ataupun bakal ditambah tempoh waktu pengantungan.

Semuanya belum terjawab dan pihak FAM seharusnya mengumumkan secara rasmi kepada seluruh warga Kelantan, bekas ketua jurulatih mereka sudah dibebaskan dari hukuman yang dikenakan.

Untuk catitan, B. Sathianathan digantung Persatuan Bola Sepak Malaysia beberapa hari saingan Liga Malaysia 2011 akan bermula selepas mengeluarkan kenyataan kepada persatuan tersebut kepada pihak media pada musim sebelumnya..

Ketika ini, B. Sathianathan memegang jawatan selaku CEO Kejurulatihan Pasukan Kelantan dan bertanggungjawab membina dan melatih pemain dari Akademi Red Warriors Al-Hamra (ARMY) -RedsfcNews-


Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

2 ulasan:

Anonymous said...

x tamat tempoh lg bos.. dio keno hukum ujung bln 1 jd ujung bln ni baru cukup 6 bln..

Anonymous said...

habih doh.btl doh gapo reds oyak tuh. ko saloh?