Aris, Nick Chan Tersisih.

Aris Zaidi dan Nick Chan tersisih untuk aksi kedua separuh akhir Piala Presiden di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, petang ini.


Dua pemain tersebut tidak dapat beraksi untuk Kelantan kerana Aris digantung satu perlawanan selepas mengutip 3 kad kuning manakala Nick Chan pula mengalami kecederaan serius ketika perlawanan pertama tempoh hari.

Sedikit kelegaan buat kem Kelantan ialah semua pemain utama lain berada dalam keadaan cergas dan
dilaporkan tidak sabar turun beraksi dalam perlawanan petang nanti.

Pihak pengurusan President Warriors turut berusaha untuk mendapatkan pelepasan Ong Kim Swee terhadap Mohd Izuan Salahudin untuk beraksi menentang PKNS. Izuan ketika ini bersama dengan skuad kebangsaan dalam rangka persiapan menentang gergasi England, Chelsea minggu hadapan.

Menurut Zahasmi, ketiadaan Aris tidak mendatangkan masalah besar kerana mereka pernah kehilangan pemain tersebut selama dua bulan. Manakala posisi Nick Chan pula, kita mempunyai penganti berkaliber untuk diturunkan.

Pertemuan separuh akhir pertama tempoh hari berkesudahan Sang Kijang menang dengan dua gol tanpa balas dan pertembungan petang ini merupakan misi besar kepada President Warriors layak ke pentas akhir.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: